Sejarah KiraUntung

KiraUntung merupakan sistem kira untung jualan makanan yang dibina oleh Social Leap di bawah Amirul Mu’min dengan misi membantu pengusaha F&B dan peniaga makanan untuk mendapatkan harga jualan makanan yang tepat menggunakan formula margin keuntungan terkini yang boleh dicapai dalam masa 10 minit tanpa perlu buat kiraan manual yang leceh dan renyah lagi.
Sejak awal pelancaran lagi, KiraUntung dah bantu ratusan pengusaha F&B dengan formula kira untung dan margin keuntungan yang tepat tanpa mengira apa sahaja makanan & minuman yang dijual semua pengusaha.
Fokus utama KiraUntung adalah, sistem ini dicipta bukan untuk orang celik IT (web developer) tetapi dicipta supaya mampu digunakan oleh semua pengusaha hatta yang kurang celik IT sekalipun.
Dengan kenaikan semasa harga barang yang dinamik, semua pengusaha F&B wajib tahu harga jualan makanan yang tepat dan pantas tanpa perlu buat kiraan manual lagi.