Bisnes makanan adalah bisnes yang paling mudah untuk mendapat keuntungan. Lagi mudah jika anda sentiasa mengikut trend semasa dan jual makanan viral.
Sebagai contoh, Khairul Aming dilihat sebagai influencer dan contoh usahawan makanan yang berjaya menggunakan sosial media seperti Tiktok dan Twitter dalam menjual Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi.
Dalam era digital yang semakin pesat, jualan makanan tidak lagi terbatas kepada kedai fizikal semata-mata. Penggunaan platform media sosial seperti Twitter dan Tiktok telah membuka peluang yang lebih luas kepada pemilik bisnes makanan.
“Malaysia mempunyai seramai 19.3 juta pengguna aktif di Tiktok dan lebih 53% pengguna Tiktok, aktif menggunakannya setiap hari.”
Dalam artikel ini, kami kongsikan langkah-langkah yang praktikal dan proven untuk anda mula jual makanan viral di Twitter dan Tiktok pada tahun 2024.
Tiga Cara Jual Makanan Viral Di Twitter
1. Tweet Dan Minta Twitter Influencer Retweet
Twitter atau kini dikenali sebagai X adalah antara platform media sosial yang mampu mendatangkan hasil jualan yang lumayan kepada anda.
Untuk menjual di Twitter, anda boleh meminta akaun yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai untuk mengepos semula tweet anda.
Pastikan tweet anda mampu mencuri perhatian warga Twitter dengan memaparkan gambar makanan yang memukau dan copywriting yang menarik.
2. Guna Khidmat Twitter Influencer
Selain daripada cara di atas, anda juga melibatkan akaun besar dengan membayar mereka untuk mempromosikan makanan yang anda jual. Melalui akaun besar ini, Dengan ini, anda akan dapat menjangkau khalayak yang lebih besar.
Yang penting, anda kena pilih akaun yang betul dan bukan hanya melihat kepada jumlah pengikut sahaja. Pilih akaun yang memang dipercayai dan selalu pos tentang makanan supaya anda dapat menarik perhatian pelanggan yang tepat.
3. Buat Iklan Berbayar (Paid Ads) di Twitter
Dengan menggunakan kemudahan iklan di Twitter (Twitter Ads), anda boleh menyasarkan kumpulan sasaran tertentu dan memastikan makanan anda muncul di feed mereka.
Pastikan iklan anda menarik perhatian dan mengandungi semua maklumat yang diperlukan oleh bakal pelanggan anda.
Iklan berbayar di Twitter boleh memberikan paparan yang lebih besar dan membantu anda menjual makanan viral dan menyaingi pesaing yang lain.
Baca : 7 Langkah Mula Bisnes Makanan Dari Rumah (Modal RM3,000)
3 Langkah Jual Makanan Viral di Tiktok
1. Headline Yang Tepat
Tiktok adalah platform media sosial yang sangat popular pada masa kini. Anda perlu memanfaatkan penggunaan Tiktok ini untuk menjual makanan viral.
Apabila menggunakan Tiktok, headline atau tajuk video adalah yang paling penting. Timbulkan perasaan ingin tahu atau keinginan untuk mencuba makanan anda melalui penulisan headline.
Pengguna Tiktok sering tertarik dengan kandungan video yang menarik perhatian, jadi pastikan untuk memberikan tajuk yang dapat menarik perhatian dan mengundang klik.
2. Guna Hashtag Yang Tepat Dengan Makanan
Hashtag memainkan peranan yang sangat penting untuk anda menjual di Tiktok. Gunakan hashtag yang berkaitan dengan makanan anda dan yang popular di kalangan pengguna Tiktok.
Penggunaan hashtag yang tepat ini membolehkan video anda lebih mudah dijumpai oleh bakal pelanggan yang sedang mencari makanan yang anda jual.
Selain itu, kreativiti dalam penggunaan hashtag juga dapat meningkatkan daya tarikan video anda dan menyebabkan video anda tersebar lebih meluas.
3. Guna Khidmat Twitter Influencer Untuk Review Makanan
Anda boleh cuba bayar influencer untuk membuat review atau video promosi tentang makanan anda. Cara ini dapat menjimatkan masa anda jika anda mahu menjual makanan viral.
Pengikut mereka yang ramai dapat membantu menyebarkan bisnes anda lebih meluas dan mencapai lebih banyak orang. Pastikan influencer yang dipilih mempunyai kaitan dengan industri makanan atau produk anda.
Baca : 9 Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan (2020 – 2024)
Kenapa Kena Jual Makanan Viral?
Pasti anda tertanya-tanya kenapa anda kena jual makanan viral sedangkan ramai peniaga yang akan buat perkara yang sama dan pesaing anda akan menjadi semakin ramai.
Di bawah ini kami berikan sebab dan langkah yang perlu anda ambil untuk lebih menonjol daripada pesaing anda.
Market Kenal & Ingin Produk Itu
Dengan menjual makanan viral, anda dapat memanfaatkan pasaran sedia ada di media sosial. Mudah untuk anda menjual kerana pasaran dan pelanggan sudah ada, jadi anda tidak perlu untuk mencari pelanggan, sebaliknya pelanggan yang akan mencari anda.
Anda hanya perlu kreatif dan mengambil langkah-langkah yang diberikan di atas untuk tampil lebih menonjol berbanding pesaing anda.
Jaga Kualiti Makanan
Satu lagi sebab untuk anda menjual makanan viral adalah dengan sentiasa menjaga kualiti produk anda dan memastikan makanan anda sedap.
Apabila anda menjual makanan viral, sudah pasti orang ramai akan membuat perbandingan. Anda memerlukan seberapa banyak feedback positif daripada pelanggan anda supaya lebih ramai yang akan membeli dengan anda berbanding pesaing anda.
Pastikan makanan anda tidak hanya menarik secara visual tetapi juga mempunyai rasa yang memuaskan. Kualiti adalah kunci untuk bersaing menjual makanan viral.
Baca Juga: 21 Idea Jual Makanan Online Untuk Dapat Sales RM9,000 Sebulan!
Cara Menjual Yang Betul
Menggunakan platform Twitter dan Tiktok adalah langkah yang tepat, tetapi cara menjual juga memainkan peranan penting. Pastikan anda mempromosikan produk anda dengan kreatif, menarik, dan memberikan nilai tambah kepada pengguna.
Penglibatan pelanggan secara interaktif dengan sentiasa mengambil feedback mereka dan menambah baik kekurangan anda akan membuatkan lebih ramai pelanggan mempercayai anda.
Menjual makanan viral bukan sahaja membawa kepada peningkatan jualan, tetapi juga memperluaskan pengaruh anda dan memudahkan anda untuk menjual produk-produk lain pada masa hadapan.
2 comments