9 Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan (2020 – 2024)

Pernahkah anda anda terfikir untuk memulakan bisnes makanan? Malangnya, anda tidak pasti perniagaan makanan yang paling menguntungkan? Tenang. 

Kami faham kebimbangan anda. Tidak ada sesiapa pun yang mahukan kegagalan apabila memulakan perniagaan yang baru, lebih-lebih perniagaan makanan yang memerlukan anda mengeluarkan modal membeli bahan mentah.

Dalam artikel ini kami kongsikan trend makanan dari mula pandemik hingga kini dan perniagaan makanan yang paling menguntungkan yang boleh anda ceburi.

 

Trend Bisnes Makanan Dari  Tahun 2020

perniagaan makanan yang paling menguntungkan

 

“Secara purata, rakyat Malaysia membelanjakan sekitar RM17 – RM19 sehari pada waktu tengah hari untuk memesan makanan secara online menerusi aplikasi dan sosial media.”

 

Sejak pandemik pada tahun 2020 yang membuatkan ramai terpaksa bekerja dari rumah (WFH), jumlah pengguna aplikasi pesanan makanan dalam talian semakin meningkat.

Sebagai contoh, anda boleh melancong ke Hatyai, Jakarta atau Padang atau mana-mana destinasi berdekatan yang popular sebagai lubuk makanan rakyat Malaysia untuk melihat trend makanan yang sedang meningkat naik.

3 Jenis Makanan Yang Mudah Dijual

“Untuk info, western food, fast food, aneka jenis air minuman, snek, kerepek dan pastir merupakan antara juadah yang paling banyak dipesan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun 2020 hingga 2021.”

Sehingga kini, fast food atau makanan segera masih menjadi juadah pilihan rakyat Malaysia.

Selain daripada makanan segera, ada beberapa jenis makanan lain yang mudah dijual dan boleh dicuba. Di bawah ini kami kongsikan idea untuk anda:

 

1. Air Balang

air balang

Air balang memang mudah dijual terutama jika anda memilih lokasi yang strategik dan tempat tumpuan ramai orang.

Contoh kawasan yang anda boleh jadikan tapak untuk anda berniaga air balang adalah berhampiran sekolah, pejabat, pasaraya dan sebagainya.

Sebelum jual air balang, pastikan anda sudah tahu air apa yang laku keras dan apa kelainan yang anda mahu buat untuk menarik bakal pelanggan anda.

Disebabkan ramai peniaga yang menjual air balang, maka anda perlu pastikan air balang yang anda buat sedap supaya pelanggan akan memilih kedai anda berbanding kedai lain.

 

2. Kek & Pastri 

cromboloni

Kek dan pelbagai jenis manisan mulut juga sering menjadi juadah pilihan orang ramai samada untuk hari-hari biasa atau hari istimewa.

Kalau kek yang anda buat sedap, sudah tentu pelanggan akan membeli dengan anda.

 

3. Snek & Makanan Ringan

warung karipap pisang goreng

Makanan ringan seperti yang di goreng panas-panas memang menjadi kegemaran orang ramai. Sebab itu, makanan jenis ini mudah untuk dijual.

Pastikan anda memilih lokasi yang strategik dan boleh juga mengambil pesanan secara dalam talian supaya lebih ramai pelanggan dapat membeli makanan yang anda jual.

 

9 Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan

Penting untuk anda tahu trend semasa supaya anda tahu jenis makanan yang mudah dijual dan mendatangkan keuntungan yang tinggi. Di bawah ini kami kongsikan jenis makanan yang paling menguntungkan:

 

1. Keropok Lekor

 

Makanan yang datangnya dari Terengganu ini memang menjadi antara makanan kegemaran ramai orang di mana-mana jua. Bila di goreng garing, di cicah pula dengan sos, pasti tidak cukup satu.

 

2. Pisang Goreng

Sememangnya tidak perlu dibincangkan lagi, pisang goreng adalah makanan kegemaran yang sering dicari tidak kira musim hujan mahupun panas.

Pastikan tepung yang digunakan ranggup, baru lah pelanggan akan sentiasa mencari kedai anda.

 

3. Kuih Cakoi

 

Cakoi ini memang selalu kita akan jumpa di pasar malam, pasar pagi mahupun dijual dimana-mana pada waktu petang.

Mudah untuk buat kuih cakoi ini dan tidak memerlukan banyak bahan. Tetapi, pastikan kuah untuk cicah sedap. Biasanya, kuih ini dicicah dengan kuah kacang, kuah sambal atau boleh juga dimakan begitu sahaja.

 

4. Apam Balik

Apam balik ini juga sesuai untuk minum petang dan minum pagi. Ada dua jenis apam balik iaitu yang tebal dan nipis.

Kedua-dua versi apam balik ini ada peminatnya tersendiri. Nikmatnya apam balik ini disebabkan dalamnya berisi kacang, jagung dan gula.

Namun kini, ada pelbagai variasi isi apam balik yang telah diubahsuai seperti isi nestum, oreo dan keju.

 

5. Keropok Keping

Selain keropok lekor, keropok keping ini juga ramai peminat. Keropok jenis ini dijemur dan digoreng kering.

Keropok keping boleh digoreng dan dijual bersama dengan keropok lekor atau boleh juga dijual yang belum goreng.

 

6. Kerepek

Antara perniagaan makanan yang paling menguntungkan adalah kerepek. Bukan sahaja menguntungkan malah mudah dibuat.

Jika anda mempunyai kemahiran dan masa, anda boleh buat sendiri di rumah. Boleh juga lantik ejen atau letakkan kerepek anda di kedai-kedai makan, kantin sekolah dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh mengambil kerepek dari kilang dan jual semula dengan packaging yang lebih kecil dan harga yang lain.

 

7. Karipap

 

 

Karipap bukan sahaja digemari oleh orang lama, malah kanak-kanak pun ramai yang suka makan karipap.

Dengan inti kari yang pekat dipelbagaikan dengan pelbagai jenis pilihan seperti ayam, daging, dan telur memang sentiasa di cari.

 

8. Ayam Goreng

Siapa sahaja yang tidak suka kan ayam goreng? Disalut keju, sos pedas mahupun ayam goreng biasa pastinya menjadi rebutan. Pastikan ayam goreng anda rangup dan tidak keras baru lah laku keras!

 

9. Aneka Jenis Sambal (Merah / Hijau / Petai)

Sambal juga sering mendapat permintaan tinggi dan sering di cari tidak kira golongan bujang mahupun yang sudah kahwin.

Tetapi, anda kena tahu banyak perkara jika anda berminat untuk menjual sambal. Dari segi packaging, kos dan cara untuk buat sambal tahan lama.

 

Baca Juga: 70 Idea Bisnes Makanan Anda Boleh Cuba di Rumah (TERKINI)

 

Cara Pilih Jenis Makanan Untuk Dijual

perniagaan makanan yang paling menguntungkan

Lihat Trend Semasa

Apabila anda memilih untuk menceburi perniagaan makanan, pastikan anda sentiasa mengikuti trend makanan yang sedang meningkat naik.

Anda boleh buat sedikit kajian di media sosial ataupun boleh juga melihat pesaing terdekat anda. Berikan sedikit kelainan kepada makanan anda supaya orang sentiasa ingat.

 

Ambil Tahu Kehendak Pelanggan

Anda bukan sahaja perlu melihat trend semasa, tetapi anda juga kena tahu apa kehendak pengguna. Apabila anda kenal siapa pelanggan anda, tidak susah untuk anda tahu apa yang mereka mahu.

Yang paling penting, anda perlu jaga kualiti makanan yang dijual. Selain daripada cara penyediaan yang menarik, kualiti amat penting kerana pengguna kini bijak dan mereka mempunyai banyak pilihan.

 

Elak Makanan Bermusim

Jika anda mahukan perniagaan anda sentiasa mendapat pelanggan, pastikan perniagaan makanan yang anda pilih bukanlah jenis makanan yang bermusim.

Antara jenis makanan bermusim adalah makanan yang sedang viral dan makanan yang di cari pada hari-hari tertentu seperti hari raya.

Namun begitu, anda tetap boleh jadikan makanan yang bermusim ini sebagai salah satu jualan makanan sampingan. 

Hal ini kerana, makanan yang bermusim ini juga kadang kala akan menjadi perniagaan makanan yang menguntungkan bagi anda.

 

Kira Untung Rugi Perniagaan Makanan Anda

Apabila anda memilih untuk membuka perniagaan makanan, anda perlu juga ambil tahu bagaimana untuk mengira untung rugi. Mengetahui perniagaan makanan yang paling menguntungkan sahaja tidak mencukupi untuk pastikan bisnes anda mencapai keuntungan.

Cara kira untung rugi ini penting supaya anda tidak tersalah letak harga jualan makanan anda yang mengakibatkan anda mengalami kerugian.

Dengan KiraUntung, anda boleh mendapatkan harga jualan yang tepat dan mudah hanya dalam 15 minit.

Anda tidak perlu lagi bersusah untuk mengira satu persatu makanan yang ingin anda jual, KiraUntung akan memudahkan proses kira untung rugi perniagaan anda.

 

Related posts

3 comments

Leave your comment