Modal Buka Kedai Makan Dari RM10,000 Sahaja (Edisi 2024)

Seringkali, modal buka kedai makan menjadi cabaran besar buat mereka yang baru ingin membuka perniagaan dalam bidang makanan.

Tidak dinafikan, bisnes makanan adalah antara salah satu peluang yang menarik untuk diceburi, terutamanya bagi mereka yang mempunyai minat dalam industri kuliner. 

Namun, ramai yang merasakan isu modal ini sesuatu yang berat disebabkan keterbatasan mereka dalam aspek kewangan.

Tetapi, dengan perancangan yang teliti dan pilihan yang bijak, impian untuk memiliki kedai makan boleh menjadi kenyataan walaupun dengan modal yang mungkin kelihatan terhad, seperti RM10,000 sahaja seperti usahawan ini. 

Artikel ini akan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulakan perniagaan makanan dengan menggunakan modal yang kecil.

Baca : 7 Langkah Mula Bisnes Makanan Dari Rumah (Modal RM3,000)

 

Cara Memulakan Perniagaan Makanan

modal buka kedai makan

Memulakan perniagaan makanan memerlukan perancangan teliti dan langkah yang teratur. Berikut adalah langkah yang perlu anda ambil sebelum buka kedai makan:

 

1. Set Makanan Yang Nak Dijual

Pertama sekali, anda perlu membuat keputusan yang bijak dalam pemilihan jenis makanan yang ingin dijual. 

Kenali pasaran setempat dan cari idea unik yang boleh menarik pelanggan. Pastikan makanan yang dipilih popular dalam kalangan penduduk tempatan.

 

Baca Juga: 9 Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan (2020 – 2024)

 

2. Buka Kedai di Lokasi Strategik

Lokasi kedai makan sangat penting untuk menjamin kejayaan perniagaan anda. Pilih tempat yang strategik, dengan ramai orang lalu-lalang atau berdekatan dengan kawasan tumpuan orang ramai seperti pejabat, kawasan sekolah dan bank.

Pastikan kawasan yang anda pilih memang mudah dilihat dan senang untuk diakses bagi memudahkan bakal pelanggan anda. 

3. Buat Kira-Kira Bajet Perniagaan Makanan 

 

Sediakan senarai dan tentukan berapa jumlah yang akan dikeluarkan untuk sewa tapak atau kedai, pembelian peralatan dapur, bahan mentah serta kos pemasaran.

Pastikan juga bajet yang anda sediakan mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

 

4. Cari Pembekal Bahan Mentah

Kenalpasti pembekal yang boleh dipercayai untuk bahan mentah. Bandingkan harga dan kualiti dari beberapa pembekal sebelum membuat keputusan. 

Walaupun kelihatan agak rumit untuk membandingkan harga, namun cara ini dapat membantu anda menjimatkan kos dan memastikan bekalan bahan mentah anda sentiasa mencukupi.

 

5. Promosikan Kedai Anda

Sosial media sangat penting apabila anda membuka perniagaan. Gunakan platform media sosial dan laman web untuk mempromosikan kedai anda. 

Buatkan satu halaman sosial khas untuk kedai makanan anda dan kongsi gambar makanan yang menarik. Anda juga boleh membuat promosi pembukaan kedai untuk menarik perhatian bakal pelanggan anda.

 

Modal Buka Kedai Makan (Dari RM10,000) 

modal buka kedai makan

Sememangnya, modal yang besar diperlukan untuk membuka kedai makan. Jika tersilap dalam percaturan menguruskan kewangan, berkemungkinan untuk anda gulung tikar lebih cepat. 

Di bawah ini kami kongsikan kos yang perlu anda ambil kira dengan bermodalkan hanya RM10,000 sahaja.

 

1. Peralatan Dapur

 

Antara perkara paling penting untuk buka kedai makan sudah semestinya peralatan dapur yang lengkap. Anda perlu memilih peralatan dapur yang berkualiti, tahan lasak dan tahan lama bagi memastikan kelancaran operasi harian kedai anda.

Peruntukkan RM2,000 untuk peralatan seperti tong gas, periuk, dapur dan pinggan mangkuk dan dapatkan alatan-alatan ini daripada pengedar yang menawarkan harga yang berpatutan.

 

2. Pekerja Am

 

Sediakan bajet untuk upah pekerja. Jika memulakan perniagaan dengan modal yang terhad, pertimbangkan untuk memulakan dengan pasukan kecil terlebih dahulu. 

Yang penting adalah tukang masak. Jika anda mempunyai kemahiran memasak, anda boleh menjimatkan kos dengan menjadi tukang masak buat sementara waktu. 

Apabila perniagaan anda semakin berkembang, anda boleh memilih untuk mencari tukang masak baru dan menambah pekerja anda.

 

3. Barang Basah

Peruntukkan bajet sebanyak RM2,000 untuk pembelian barang basah seperti sayur-sayuran, daging, dan bahan-bahan kering lain. 

Pastikan anda memilih pembekal yang boleh memberikan harga yang berpatutan tanpa tetapi dengan kualiti yang baik.

 

4. Deposit & Sewa

Cari kedai yang menawarkan harga sewa yang berpatutan. Kebiasaannya, pemilik kedai akan mengambil 1 bulan deposit sewa + 1 bulan sewa dan deposit api air. Tetapi ini semua bergantung kepada agreement anda dengan pemilik kedai.

Pastikan perjanjian sewa menyediakan ruang untuk perbincangan sekiranya berlaku kenaikan sewa pada masa akan datang.

 

5. Kerusi & Meja

 

Jangan lupa untuk menyediakan tempat duduk yang selesa untuk pelanggan. Pilih konsep kedai makan yang anda mahukan supaya sesuai dengan perabot yang anda beli.

Pilih kerusi dan meja yang tahan lama tetapi berpatutan. Anda boleh sahaja dapatkan kerusi meja second hand yang dijual di Facebook ataupun Carousell. 

Untuk permulaan, mungkin anda hanya memerlukan 5 set kerusi meja. Anggaran untuk kos kerusi meja ini adalah sebanyak RM1,200 dan termasuk dalam modal buka kedai makan.

 

6. Ubahsuai Kedai (Tidak Wajib) 

Peruntukkan bajet untuk ubahsuai kedai jika perlu. Walaupun modal buka kedai makan anda terhad, tetapi anda perlu memastikan kedai anda bersih dan nampak menarik.

Hal ini penting supaya dapat memberikan kesan positif kepada pelanggan yang datang berkunjung ke kedai anda. Anda boleh letakkan sebanyak RM2,000 untuk kos ubahsuai kedai anda.

 

7. Banner & Bunting

Banner dan bunting sangat penting untuk kedai yang baru di buka. Ini bertujuan untuk menarik bakal pelanggan untuk datang ke kedai anda. Pastikan banner dan bunting anda jelas supaya pelanggan tahu apa yang anda jual.

Kebiasaannya kos banner dan bunting tidak terlalu mahal. Anda boleh peruntukkan sebanyak RM250 untuk dua banner besar di hadapan kedai dan 2 bunting untuk diletakkan di bahagian tepi kedai.

 

8. Pemasaran

Pastikan anda mempunyai bajet untuk tujuan pemasaran. Zaman kini lebih mudah untuk membuat pemasaran. Anda hanya perlu mempunyai akaun media sosial dan promosikan kedai anda secara online sahaja.

Anda boleh buat Google Ads ataupun Facebook Ads untuk target penduduk di kawasan berdekatan dengan kedai makan anda. Atau anda boleh juga menggunakan platform percuma seperti Tiktok dan Twitter.

Penting untuk diingat bahawa kejayaan perniagaan makanan tidak semata-mata bergantung kepada jumlah modal yang besar, tetapi juga kepada strategi yang bijak dan komitmen yang tinggi. 

Modal buka kedai makan yang mungkin terhad boleh diatasi dengan rancangan kewangan yang bijak dan pilihan yang tepat dalam pengurusan perbelanjaan. 

 

Cara Kira Untung Rugi Jualan

Kesimpulannya, modal buka kedai makan bergantung kepada jenis makanan, modal, lokasi dan placement anda dalam pasaran. Tidak ada salah dan tidak ada betul. Apa yang ada adalah, kedai makan anda untung atau rugi sahaja.

Apa yang lebih penting adalah, anda perlu tahu berapa harga yang perlu diletakkan untuk jualan anda supaya harga jualan anda tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah sehingga menyebabkan kerugian kepada anda.

Dengan KiraUntung, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengira kos jualan anda. Dalam 15 minit sahaja, anda boleh tentukan berapa margin keuntungan yang anda inginkan daripada jualan anda dan berapa harga yang perlu anda letakkan.

 

Related posts

1 comment