Risiko Perniagaan: 5 Langkah Untuk Atasi Cabaran Bisnes F&B

Risiko perniagaan F&B memang wujud untuk semua peringkat. Usahawan F&B harus bijak mengatasi cabaran dalam bisnes F&B. Berikut ialah 5 langkah tersebut.

Pastikan simpanan kecemasan mencukupi untuk kurangkan risiko perniagaan F&B

 

Apa itu simpanan kecemasan?

Simpanan kecemasan ialah jumlah wang yang kita boleh simpan daripada keuntungan sebagai duit untuk membayar keperluan-keperluan wajib bisnes kita supaya boleh meneruskan operasi seperti biasa. Kebiasaan cadangan kami kepada usahawan F&B sekali ialah untuk menyimpan 50% daripada keuntungan sebagai simpanan kecemasan.

Akibat tiada simpanan kecemasan

Kebiasaan peniaga-peniaga lain tidak menyimpan sebahagian keuntungan mereka sebagai simpanan kecemasan. Hal ini sangatlah bahaya kepada usahawan F&B jika berlaku perkara yang tidak diingini. 

Seperti contoh yang pernah terjadi dalam negara kita ialah bencana penyakit dan bencana alam yang membantutkan ekonomi dan kuasa membeli masyarakat kita. Secara langsung dan tak langsung memberi impak kepada kewangan kita.

Besar sangat risiko perniagaan jika kita tiada simpanan kecemasan yang mencukupi.

Keperluan simpanan kecemasan

Pastinya, sangat susah untuk membayar gaji, sewa dan bil-bil, bila jualan terganggu lantas membuka risiko perniagaan tutup seperti yang terjadi disekeliling kita.

Berapakah jumlah keperluan simpanan kecemasan yang diperlukan? Biasanya cadangan kita untuk menyimpan wang berjumlah 3 – 6 bulan kos operasi bulanan. Jadi pastikan ada simpanan untuk kecemasan ya.

Diri sendiri dan keluarga sebagai motivasi menghadapi risiko perniagaan F&B

 

Reward sebagai motivasi hadapi risiko perniagaan F&B

Hakikatnya, usahawan F&B juga seperti usahawan-usahawan lain. Kita berniaga supaya satu hari nanti kita dapat membahagiakan keluarga, staf dan diri sendiri.

Nak atau tidak, kita perlu jadikan ini sebagai motivasi kita untuk terus menghadapi risiko perniagaan F&B. Jika bukan kita, siapa lagi mereka berharap?

Boleh beri reward tanda bisnes kita sihat

Salah satu tanda perniagaan F&B kita sihat ialah kita boleh mula memberi reward kepada team, staf dan diri kita sendiri. Ia juga bermaksud kita berjaya mengurangkan risiko perniagaan tidak menjadi. Team dan staf kita juga akan gembira dan bersemangat untuk membuat kerja supaya mereka dapat terima reward lagi.

Salah letak harga punca risiko perniagaan F&B meningkat

 

Punca salah letak harga

Lebih 85% usahawan F&B yang kita temubual mengatakan bisnes mereka menghadapi risiko berpunca daripada salah letak harga.

Ye lah, penat-penat berniaga, jualan beribu-ribu tapi tiada keuntungan yang boleh diperolehi. Habis rosak rancangan untuk simpan duit kecemasan dan reward team dan diri sendiri.

Kebiasaan usahawan main hentam sahaja letak harga. Itu yang menjadi punca salah letak harga.

Atasi masalah salah letak harga

Jadi bagaimana cara untuk mengatasi masalah salah letak harga? Perlu diingati ya, bila kita dapat selesaikan masalah salah letak harga, secara tak langsung kita juga mengurangkan risiko perniagaan kita tutup.

Cara untuk mengatasi masalah salah letak harga ialah kita perlu belajar cara kira harga jualan makanan dengan betul.

 

Baca: https://kirauntung.my/cara-kira-untung-jual-makanan/

Harga bahan mentah yang berubah-ubah punca utama risiko perniagaan F&B

 

Ketidakstabilan harga bahan mentah

Lebih 400 usahawan yang kita telah bertemu dan rata-rata risau dengan risiko perniagaan mereka dengan keadaan harga bahan mentah yang meningkat dan tidak stabil.

Semalam harga ayam lain, hari ini harga ayam lain, esok harga ayam lain dan macam-macam lagi keluhan yang kita biasa dengar.

Hal ini jadi lebih teruk bila keadaan ekonomi makin gawat atau menghampiri musim perayaan.

Usahawan takut naikkan harga

Kebiasaan bila terjadi situasi harga bahan mentah berubah-ubah, usahawan takut untuk naikkan harga kerana risau pelanggan akan lari membeli daripada pesaing.

Bila keadaan ini terjadi, maka semakin tinggilah risiko perniagaan kita ditutup kerana bila kita tidak naikkan harga, kita sedang menyerap kos-kos tambahan tersebut.

Cara untuk naikkan harga jualan

Cara untuk naikkan harga jualan bila harga bahan mentah berubah, ialah dengan cara naikkan harga tidak lebih dari kebiasaan orang lain naikkan harga.

Seperti contoh, kita semua tahu ayam naik RM 5 sekilo. Cara yang salah ialah kita naikkan harga sehingga RM 10, memang pelanggan akan lari!

Naikkan harga dalam lingkungan RM 2 – RM 3 sahaja sudah memadai.

 

Hadapi risiko perniagaan F&B dengan kira harga jual yang betul

 

Apakah cara kira harga jualan yang betul?

Cara yang kebiasaan usahawan buat ialah dengan gunakan formula kos ramuan darab 3. Kebiasaan yang kami dengar, usahawan yang menggunakan cara kira ini, lambat laun akan tutup juga perniagaan mereka.

Cara yang kami anjurkan ialah dengan memasukkan sekali jumlah yang tepat dalam harga seperti jumlah margin keuntungan yang diingini, jumlah peratusan kos overhead yang tepat, dan kos terbazir yang selalu orang terlepas pandang.

Dengan adanya elemen tersebut diketahui dan dimasukkan di dalam harga jualan, secara langsung setiap pembayaran yang kita terima sudah ada pecahan kiraannya di dalam elemen-elemen tersebut.

Ada ke cara automatik untuk kira harga jualan dengan tepat?

Ya, ada! Disebabkan inilah kita menghasilkan sistem kirauntung. Sistem kirauntung ini memudahkan usahawan F&B menetapkan harga yang betul dan menguntungkan secara automatik dan tidak merenyahkan.

Cara penggunaan sangatlah mudah. Hanya masukkan sahaja maklumat-maklumat resepi dan keperluan kewangan bisnes anda, dalam kurang dari 15 minit, terus terpapar harga jualan yang boleh usahawan F&B letak untuk mendapatkan untung, supaya boleh mengurangkan risiko perniagaan F&B.

 

sistem kira untung

Related posts

Leave the first comment