Kira Untung Jualan Makanan Sepantas 15 Minit Tanpa Renyah Dan Membebankan

Sistem Kira Untung membantu anda membuat pengiraan harga jualan makanan yang rumit menjadi mudah dan tepat.

Dapatkan KiraUntung Sekarang

 "I wish ada website ni waktu mula-mula start business dulu..."

Puan Azra Rahman

Pengusaha produk makanan The Mix Project

Testimoni Pengguna Terawal KiraUntung

Diakui sendiri oleh peniaga FnB bahawa sistem Kira Untung membantu mereka dalam menentukan harga jualan makanan.

Sesuai Digunakan Bagi Peniaga FnB

Dalam apa jua bidang FnB yang anda sertai, kami bersedia membantu anda menentukan harga jualan yang tepat.

Restoran & Cafe

Gerai tepi jalan

Food court

Catering

Menjual dari rumah

Takeway sahaja

Air Balang

Ready to eat

Puan Rozana
Pengusaha makanan dan katering
"UI sistem KiraUntung menarik, mudah faham dan senang guna, kira dan simpan"
"Memang terbaek sistem KiraUntung nih sgt mudah nak hadam...Xada la perabih masa dok kira itu ini.."
"Terbaik tuan, memang memudahkan kerja-kerja pecah kepala kami selama ini huhuhu."
Nick Noor Nazeela
Chef
"Besar impaknya pada bisnes, software ini."
Nourulaina Binti Nordin
Usahawan FnB
"Besar impaknya pada bisnes, software ini."
Nourulaina Binti Nordin
Usahawan FnB
30 Hari Money Back Guarantee
Jika anda tak berpuas hati dengan sistem KiraUntung ini dalam masa 30 hari. Beritahu kami dan duit anda akan dikembalikan 100%.
Dapatkan KiraUntung Sekarang

Adakah Anda Sedang Alami Masalah Di Bawah?

Ramai antara peniaga FnB yang mengalami masalah-masalah berikut:

Baru mula berniaga

Bila tentukan harga jualan, selalu ikut-ikut harga yang orang lain jual saja. Tak tahu nak kira dengan tepat. Sesuai dengan kos-kos lain seperti sewa kedai, utiliti & gaji staf.

Risau harga bahan mentah kerap turun naik

Rasa resah gelisah bila harga ramuan makanan ada yang naik mendadak. Tak tahu nak naikkan harga berapa. Terlebih naik dikatanya cekik darah, dikekalkan boleh bawa jadi rugi 😥.

Jualan habis, tapi tetap rugi

Jualan makanan selalu laris & habis. Tapi lepas tolak itu ini, beli barang untuk esok semuanya. Hujung bulan akaun tetap merah. Macam ada kos tersembunyi yang bocor.

Untung nipis

Meniaga dah lama, hari-hari kerja. Bukan kata takde untung, ada cuma rasa tak berbaloi dengan keringat yang dikeluarkan.

Tak tahu rancang keuntungan jualan

Harga jualan hanya ditentukan daripada harga ramuan. Sekadar boleh jangka jualan saja. Tak tahu untung keseluruhan berapa, berapa minimum kena jual untuk balik modal dan sebagainya.

Masih kira manual

Masih kira satu-satu atas kertas. Makan masa dan sakit kepala. Bila ada perubahan harga bahan mentah, kena kira balik semua dari mula satu persatu.

Tuan-tuan & Puan-puan, Usah Risau

Selepas Guna KiraUntung, Anda Makin Jelas Dalam Tentukan Harga Jualan Makanan

KiraUntung memudahkan anda melakukan pengiraan kos jualan makanan yang terperinci tanpa perlu bazirkan lebih masa dengan rumus matematik yang merumitkan.

Tentukan harga jualan yang tepat

Dapatkan harga jualan yang tak cekik darah, pada masa sama masih ada untung buat anda sebagai peniaga.

Tak cuak bila harga barang naik tiba-tiba

Semudah tukar harga baru bahan mentah. Anda akan dapat harga jualan yang terbaru. Tanpa perlu main agak-agak lagi bila nak ubah.

Design yang responsif & senang guna

Melalui smartphone pun anda boleh akses dan guna KiraUntung. Design pun macam apps, sudah responsif.

Simulasi harga jualan dan kos

Dengan ubah satu nombor saja, anda boleh lihat simulasi untung rugi perniagaan anda, berapa pax kena jual untuk ROI dan banyak lagi.

Resepi anda, rahsia anda

KiraUntung dibangunkan tanpa pengkalan data. Maklumat anda disimpan dalam bentuk cache dan local folder komputer atau smartphone milik anda saja.

Bayar sekali, guna selamanya

Kita semua benci subscription, jadi kami tawarkan plan bayaran yang ringkas. Bayar sekali saja, guna selamanya.

Betul Ker Kira Pakai Ini Boleh Ada Untung?

KiraUntung bukan saja buat pengiraan harga jualan makanan. Bahkan maklumat lain seperti bilangan minimum jualan untuk pulang modal, jumlah kos ramuan, untung kasar jualan & banyak lagi. 

Antara Peniaga FnB Yang Yakin & Percaya Dengan KiraUntung

...serta lebih 100 usahawan F&B berjaya menjual dengan harga yang menguntungkan!

Anda Belum Yakin Dengan KiraUntung?

Belajar Cara Kira Untung Jualan Makanan Dalam Tempoh 15 Minit Tanpa Renyah Dan Membebankan Secara PERCUMA

Sertai LIVE DEMO kami yang akan dijalankan setiap hari, pada pukul 9 malam hingga 10 malam. Lengkapkan borang berikut dan klik "Hantar Borang".
30 Hari Money Back Guarantee
Jika anda tak berpuas hati dengan sistem KiraUntung ini dalam masa 30 hari. Beritahu kami dan duit anda akan dikembalikan 100%.

Harga Sistem Aplikasi Ini

Bayar Sekali Untuk Pas Akses 1 Tahun
(Paling Popular)
KiraUntung Pro

RM99

✅ Akses 1 TAHUN sistem KiraUntung
✅ 30 Hari Jaminan Pulangan Wang
✅ Tiga Modul Program Coaching
✅ Group Mastermind
✅ Tutorial cara buat iklan TIKTOK, FB & IG
✅ Formula 5S Untuk Menang di Social Media
✅ Checklist KiraUntung Bisnes F&B
✅ Template Kira Gajii
❌ Konsultasi KiraUntung Individu
Beli Sekarang

Anda Ada Soalan, Kami Ada Jawapan

Anda ada persoalan lain? Hubungi wakil kami melalui Whatsapp

  • Apa itu KiraUntung?

    KiraUntung merupakan aplikasi pemudah cara untuk membuat kiraan kos, setup, adjust dan update harga jual dalam tempoh kurang dari 15 minit

  • Adakah KiraUntung ada apps?

    Buat masa sekarang, KiraUntung hanya ada web apps. android dan ios apps masih dalam development

  • Siapa patut guna KiraUntung ini?

    Usahawan F&B yang buntu tentang cara pengiraan kos makanan yang betul, renyah untuk menyiapkan kiraan yang panjang serta yang menghadapi tekanan daripada harga barang mentah yang tidak stabil dan sentiasa meningkat.

  • KiraUntung sesuai untuk saya ke?

    KiraUntung sesuai untuk peniaga-peniaga dalam sektor F&B dari tahap berniaga dari rumah sehinggalah pemilik kilang pengeluar makanan dan minuman.

  • Kenapa saya kena guna KiraUntung?

    Menggunakan KiraUntung, anda boleh kira harga jualan makanan sepantas 15 minit.

    Belajar melalui tutorial dan terus buat kiraan harga jualan pada hari yang sama.

  • Ada F&B yang dah pakai KiraUntung?

    Dalam tempoh kurang dari 30 hari pelancaran, sudah lebih daripada 50 usahawan F&B menggunakan aplikasi KiraUntung

     
  • Apa fungsi yang ada pada KiraUntung?

    Fungsi utama KiraUntung ialah menentukan harga jualan makanan berdasarkan kos kos yang diperlukan dalam menyediakan makanan tersebut.

    Selain itu, KiraUntung juga memaparkan maklumat lain seperti kos penyedian bagi setiap jualan, untung kasar jualan & jumlah jualan untuk pulang modal (ROI).

  • Berapa kos untuk saya guna KiraUntung?

    Sistem aplikasi KiraUntung dijual pada harga RM 99 dengan akses seumur hidup buat masa sekarang.

    Namun harga tersebut dan tempoh akses tidak akan selamanya begitu.

    Kemungkinan akan berubah mengikut nilai, faedah dan penambahbaikan yang kami akan masukkan secara berkala.

    Jika ada kenaikkan harga atau perubahan kepada akses, kami akan maklumkan terlebih dahulu.

  • Saya boleh guna KiraUntung kalau tiada internet?

    Aplikasi KiraUntung memerlukan internet untuk diakses. Namun, jika anda simpan resepi tersebut di dalam komputer anda dalam bentuk html, anda boleh akses KiraUntung walaupun tanpa internet

  • Apa perubahan pada F&B saya kalau pakai KiraUntung?

    Proses membuat keputusan anda semakin cepat dan fleksible dalam membina strategi harga dan pembangunan offer yang mudah kepada pelanggan anda

  • Ada orang boleh tolong setup KiraUntung untuk F&B saya?

    KiraUntung tak perlu disetup, boleh terus diguna pakai setelah anda mendapat akses kepada sistem tersebut.

    Namun begitu, customer support kami sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang persoalan dan tunjuk ajar jika anda mempunyai kekurangan.

  • KiraUntung ada sediakan support group seperti WhatsApp?

    Support group kami dinamakan sebagai KiraUntung Community and Support Group di platform Facebook Group.

    Anda akan terus dapat aksesnya setelah berjaya membeli sistem aplikasi ini.

  • Adakah maklumat & data saya selamat dengan KiraUntung?

    Anda tidak perlu memberikan apa-apa maklumat dan data kepada KiraUntung untuk mendapatkan akses. Jadi rahsia anda selamat bersama anda.

  • Adakah KiraUntung ada data resepi makanan & minuman saya?

    Sistem yang kami bina tidak mengizinkan kami untuk menyimpan maklumat data dan resepi. Kesemua data disimpan didalam cache browser  peranti anda.

  • Bagaimana saya nak promote KiraUntung kepada kawan F&B saya?

    Boleh maklumkan kepada kami untuk mendapatkan affiliate link supaya anda juga dapat menjana side income sambil promote kepada kawan F&B anda.

  • KiraUntung pakai formula apa untuk kira untung rugi bisnes makanan?

    Formula yang kita pakai merupakan standard formula jenama-jenama dan pengeluar-pengeluar besar.

    Harga Jual = Kos Ramuan + Kos Packaging + Kos Overhead + Kos Terbazir + Profit Margin.

  • KiraUntung boleh pendekkan masa saya kira margin harga jualan F&B?

    Dengan sistem yang kami ada, setelah anda masukkan info/data yang diperlukan, margin harga jualan akan keluar secara SERTA MERTA

  • Berapa lama proses setup 1 resepi untuk dapat peratus/jumlah margin saya?

    Proses untuk mendapatkan Harga Jualan yang sepatutnya anda jual untuk mendapat profit margin yang anda mahukan bergantung kepada jumlah ramuan dalam resepi anda dan kebersediaan anda untuk masukkan data-data yang diperlukan oleh sistem (seperti resit pembelian ramuan dsb)