Kalkulator Margin Untung Rugi Bisnes Makanan Malaysia (2024)

Masih ramai pemilik perniagaan tidak tahu yang kini wujudnya kalkulator margin untung untuk memudahkan mereka menjalankan perniagaan.

Apabila berniaga, sudah pastinya anda mahu mahu mengambil jalan cepat dan mudah terutama apabila melibatkan kira-kira untung rugi.

Oleh itu, KiraUntung telah mengambil inisiatif untuk memudahkan usahawan membuat kira-kira dengan membuat satu website khas sistem kalkulator margin untung.

kalkulator margin untung

“KiraUntung dibina oleh anak muda yang menguruskan perniagaan F&B keluarga dan dicipta untuk pengusaha makanan seperti anda.”

Dalam artikel ini, anda akan dapat pendedahan mengenai sistem ini juga apa pentingnya sistem ini untuk perniagaan anda.

 

Apa itu KiraUntung?

KiraUntung adalah satu sistem kalkulator yang dibangunkan khas sebagai pemudah cara untuk usahawan bisnes makanan membuat kiraan kos, margin dan mendapatkan harga jualan yang tepat dalam tempoh 15 minit sahaja.

 

Siapa Perlu Guna Kalkulator Margin Untung?

kalkulator margin untung

Kalkulator margin untung ini sangat sesuai digunakan oleh peniaga F&B tidak kira anda menjalankan perniagaan dari kedai mahupun di rumah. Ini contoh peniaga yang memerlukan kalkulator margin untung: 

  • Catering
  • Air Balang
  • Ready-To-Eat
  • Medan Selera
  • Gerai tepi jalan
  • Restoran & Kafe
  • Menjual dari rumah

 

Baca : 7 Cara Kira Untung Jual Makanan F&B Tepat 100% (TERKINI)

Kepentingan Kalkulator Margin Untung

Ramai usahawan yang anggap harga jualan ini perkara remeh dan tidak membuat kiraan yang betul. Di bawah ini kami kongsikan kenapa anda memerlukan kalkulator margin untung.

 

1. Peniaga Baru

Jika anda baru mula berniaga, anda tidak boleh meletakkan harga jualan anda sesuka hati. Anda juga tidak boleh ikut harga pesaing atau peniaga lain yang sudah berniaga lama.

Hal ini kerana, kos anda mungkin tidak sama dengan kos peniaga lain. Sebagai contoh bahan mentah yang anda dapat mungkin lebih mahal dari orang lain atau sewa dan utiliti kedai anda lebih murah daripada orang lain.

Sebab itu, anda perlu membuat kiraan yang tepat dengan mengambil kira semua kos yang terlibat supaya harga jualan anda bersesuaian dengan kos yang dikeluarkan.

 

Baca : 21 Idea Jual Makanan Online Untuk Dapat Sales RM9,000 Sebulan!

 

2. Harga Bahan Mentah Turun Naik

Masalah harga bahan mentah turun naik ini memang dialami oleh semua peniaga. Apabila harga bahan naik, sudah pasti anda juga mahu menaikkan harga jualan anda. Tetapi, bila naik terlalu tinggi, risau pelanggan bising dan dikatakan cekik darah.

Apabila anda menggunakan kalkulator margin keuntungan, anda tahu berapa harga yang berpatutan yang patut anda kenakan pada jualan makanan anda.

 

3. Untung Tidak Menentu

Jika anda sudah lama berniaga, pastinya ada hari yang anda rasa keuntungan anda tinggi, ada hari anda rasa sangat sedikit keuntungan yang anda dapat.

Anda mungkin rasa ini disebabkan oleh jumlah pelanggan yang datang ke kedai anda tidak menentu. Sebenarnya, pengiraan margin keuntungan yang tidak tepat juga menjadi faktor yang menyebabkan untung tidak setimpal dengan keringat anda.

 

4. Jualan Habis, Tapi Rugi

Apabila jualan anda habis, tentunya anda rasa gembira dan berpuas hati. Tetapi bila anda buat kira-kira hujung bulan, anda mengalami kerugian bukannya untung.

Mungkin, ada kos tersembunyi yang anda tidak masukkan ke dalam kira-kira anda. Kesannya, anda mengalami kerugian walaupun hari-hari jualan anda habis.

 

5. Masih Kira Manual

Tidak salah untuk anda membuat kira-kira secara manual di atas kertas atau buku. Tetapi, ia akan memakan masa dan tenaga anda.

Lebih memeningkan kepala apabila terdapat perubahan harga bahan atau kos-kos lain, anda terpaksa membuat kiraan semula dari awal.

 

6. Tidak ada ilmu pengiraan kos

Salah satu ilmu penting dalam perniagaan adalah ilmu pengiraan. Bila meletakkan harga jualan, anda tidak boleh ambil kira kos bahan mentah sahaja.

Ada banyak kos-kos lain yang perlu dikira seperti kos overhead, kos packaging dan kos operasi. Selain kos anda juga perlu tahu mengenai untung bersih, untung kasar dan sebagainya.

Pendek kata, jika anda peniaga F&B, anda memang memerlukan kalkulator margin untung bagi memudahkan anda menguruskan perniagaan anda.

 

Baca Juga: Fahami Kiraan Lengkap Margin Keuntungan Bisnes F&B (TERKINI)

 

Cara Guna Kalkulator KiraUntung

Kami faham masalah yang anda hadapi dan pastinya anda mahukan penyelesaian yang cepat dan mudah. Di bawah ini kami kongsikan step-by-step cara untuk menggunakan kalkulator margin untung daripada KiraUntung.

 

1. Tetapkan jumlah hidangan

Pertama sekali, anda masukkan nama hidangan anda. Dalam artikel ini, kami akan menggunakan contoh Nasi Ayam Hainan untuk 50 pax. 

 

2. Masukkan ramuan

Kemudian, klik butang tambah ramuan untuk masukkan semua bahan-bahan yang diperlukan. Masukkan nama ramuan, harga, berat dan kuantiti yang diperlukan untuk 50 hidangan.

Harga yang dimasukkan mestilah harga semasa bahan-bahan tersebut yang tepat.

Bila anda sudah masukkan kesemua bahan dalam resepi anda, anda akan lihat senarai seperti di bawah ini. 

 

Sekiranya terdapat perubahan pada harga bahan, anda boleh ubah harga tersebut. Kalkulator KiraUntung akan kira semula kos bahan dan lain-lain secara automatik.

 

3. Masukkan Kos Yang Terlibat

Selepas itu, masukkan semua kos yang terlibat seperti kos packaging, kos overhead dan kos terbazir.

 

4. Tetapkan Margin Keuntungan

Terakhir, anda tetapkan berapa margin keuntungan yang ingin anda ambil daripada jualan anda. Selepas itu, anda akan dapat harga jualan per hidangan dan bilangan makanan yang perlu anda jual untuk pulang modal. 

 

Kalkulator margin keuntungan dapat membantu lebih ramai usahawan mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan kesihatan kewangan perniagaan anda.

Anda dapat menetapkan harga jualan yang tepat, menguruskan kos dengan lebih efektif dan mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan margin keuntungan bagi mengembangkan lagi bisnes anda pada masa hadapan.

Oleh itu, penggunaan kalkulator KiraUntung bukan sahaja memberikan panduan yang strategik dalam kira-kira, bahkan anda dapat menjadi usahawan yang sentiasa beradaptasi mengikut keperluan pasaran.

Untuk lebih info dan tutorial menggunakan KiraUntung, klik imej di bawah. 

 

sistem kira untung

Related posts

4 comments

Leave your comment