Idea jual makanan online bukanlah idea yang baru. Peningkatan penggunaan internet menyebabkan bisnes online seperti ini bukan sahaja sebagai satu tren tetapi juga merupakan langkah bijak ke arah memperluaskan pasaran dan menjana pendapatan tambahan.
Dalam era di mana kesan pandemik mendorong pertumbuhan e-dagang, menjual makanan secara online bukan sahaja memberi kebebasan kepada peniaga untuk menonjolkan kreativiti mereka, tetapi juga memberikan peluang untuk mencapai matlamat jualan bulanan yang tinggi yang mustahil untuk dicapai pada masa dahulu.
“Ramai peniaga memanfaatkan pendigitalan dalam operasi perniagaan mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan.”
Dalam artikel ini kami kongsikan 21 idea jual makanan online yang boleh anda cuba beserta cara untuk anda dapatkan jualan sehingga empat angka sebulan dengan mudah.
Baca : Kalkulator Margin Untung Rugi Bisnes Makanan Malaysia (2024)
Kenapa Kena Jual Makanan Online?
Dalam era digital ini, menjual makanan secara online adalah pilihan yang bijak yang perlu dilakukan oleh usahawan makanan. Ini sebab kenapa anda perlu ambil peluang ini sekarang:
1. Dapatkan Lebih Ramai Pelanggan
Menggunakan platform online untuk menjual makanan membolehkan peniaga mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Dengan akses kepada pelanggan dari pelbagai kawasan, anda dapat memperluas pasaran dan meningkatkan pendapatan hasil daripada jualan anda.
2. Lajukan Proses Membeli Pelanggan
Apabila anda menjual makanan secara online, lebih mudah untuk bakal pelanggan anda menjumpai anda. Semudah dengan mencari makanan yang mereka inginkan, kemungkinan untuk bisnes anda naik ketika proses pencarian tersebut adalah tinggi.
Bukan sahaja mudah dijumpai oleh bakal pelanggan, malah melalui review dan feedback daripada pelanggan terdahulu juga akan menyebabkan lebih ramai pelanggan yang mempercayai dan membeli daripada anda.
3. Meningkatkan Jualan Anda
Berbanding dengan menjual secara offline tanpa melibatkan platform online, tidak ramai yang akan menyedari mengenai bisnes makanan yang sedang anda jalankan.
Oleh sebab itu, anda perlu menggunakan platform online bagi meningkatkan jualan anda dengan lebih mudah.
Baca : 70 Idea Bisnes Makanan Anda Boleh Cuba di Rumah (TERKINI)
21 Idea Jual Makanan Online
1. Ayam, daging, kambing perap
Makanan perap seringkali menjadi pilihan. Disebabkan penyediaannya yang mudah dan tidak perlu bersusah payah menyediakan bahan, maka sehingga kini makanan perap ini masih popular.
2. Makanan viral
Makanan viral ini adalah makanan yang bermusim dan orang sudah sedia tahu dan sentiasa cari. Jika anda memang sudah berada dalam bisnes makanan, anda perlu sentiasa mengikut trend.
Sangat mudah untuk mendapatkan pelanggan apabila anda menjual makanan yang sedang viral.
Baca Juga: Step by Step Jual Makanan Viral Di Twitter & Tiktok (2024)
3. Keropok lekor
Meniaga keropok lekor ini juga boleh mendatangkan banyak keuntungan. Di mana-mana pun pasti ada yang mencari makanan ringan seperti keropok lekor ini untuk dijadikan sajian makanan pada waktu petang.
Jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk membuat kek atau biskut, anda boleh menjual keropok lekor yang sangat mudah cara penyediaannya.
4. Dessert box
Kalau anda ada kemahiran membuat pelbagai jenis makanan manis seperti custard, pudding atau cupcake, anda boleh tawarkan perkhidmatan membuat dessert box.
Dessert box juga sering di cari orang ramai untuk di bawa ke jamuan makan ataupun untuk dihadiahkan sempena hari istimewa.
5. Sambal
Sambal adalah antara makanan yang wajib ada di setiap rumah. Tidak lengkap hidangan apabila tiada sambal.
Ada pelbagai jenis sambal yang boleh anda jadikan sebagai idea untuk memulakan bisnes makanan anda. Antara sambal yang selalu digemari adalah sambal ikan bilis, sambal penyet dan sambal petai.
6. Makanan instant (dalam pek)
Makanan instan kini juga semakin meningkat naik permintaannya. Makanan jenis ini dijadikan alternatif untuk memasak dengan cepat tetapi masih mempunyai khasiat.
Contoh makanan instan yang boleh dijadikan idea adalah mee kari, nasi tomato ataupun nasi beriani.
7. Makanan sejuk beku
Makanan sejuk beku ini sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama bagi golongan yang bekerja.Makanan frozen ini sangat memudahkan ramai orang kerana ia hanya perlu digoreng.
Ada pelbagai jenis makanan frozen yang anda boleh cuba jual contohnya kuih muih seperti pau, karipap dan donut.
8. Jus buah
Jika anda sudah biasa menjual air balang, mungkin ada juga boleh cuba untuk jual jus buah yang segar secara online.
Permintaan untuk jus buah juga sangat tinggi disebabkan lebih berkhasiat dari air yang lain. Pastikan jus buah yang anda buat diperbuat dari buah asli dan sedap.
9. Kek
Kek juga sering mendapat permintaan yang tinggi dan tidak kira musim. Kek sering dicari ketika hari istimewa atau juga pada hari-hari biasa seperti untuk jamuan makan.
Jika anda pandai buat kek yang sedap, ini idea yang sangat sesuai untuk anda cuba.
10. Biskut raya
Biskut raya adalah bisnes perniagaan yang bermusim. Namun, walaupun sering di cari pada hari raya, sekarang ini ramai juga rakyat Malaysia yang mencari biskut raya pada hari biasa. Jadi, tidak salah untuk anda mencuba untuk meniaga biskut raya.
Anda boleh menarik minat pelanggan anda dengan menjadikan biskut raya ini sebagai kudapan yang boleh di makan pada bila-bila masa dan bukan hari tertentu sahaja.
11. Pes masakan
Zaman sekarang adalah zaman di mana semua perkara perlu cepat dan mudah. Dengan pes masakan, memasak jadi lebih mudah. Malah yang tidak boleh memasak pun akan jadi pandai memasak.
Anda perlu kreatif untuk menyediakan pes masakan yang sesuai dengan selera orang Malaysia. Pes masakan seperti kari, asam pedas dan gulai lemak sering di cari dan juga kegemaran orang ramai.
12. Makanan kesihatan dan diet
Rakyat Malaysia sekarang semakin ramai menyedari kepentingan untuk menjaga pemakanan mereka. Ada yang rajin untuk sediakan makanan diet sendiri dan ada yang tidak.
Kadang, ada juga bahan yang diperlukan untuk membuat menu diet yang susah didapati. Anda boleh memudahkan mereka yang memerlukan ini dengan menyediakan menu diet yang mereka perlukan dengan cepat dan mudah.
13. Makanan berpantang
Makanan berpantang juga sering mendapat permintaan yang tinggi hampir setiap bulan disebabkan sentiasa ada ibu-ibu yang baru bersalin.
Anda boleh menyediakan set makanan yang sesuai dengan ibu bersalin merangkumi lauk-pauk, air juga makanan kudapan untuk mereka.
14. Pekasam frozen
Siapa sahaja yang tidak suka kan pekasam? Ada pelbagai jenis pekasam yang boleh anda jual antarnya pekasam ikan, pekasam sotong dan pekasam telur sotong.
Zaman sekarang ramai yang mencari makanan yang mudah dimasak. Anda perlu cuba untuk buat idea ini untuk bisnes makanan anda.
15. Lunch box (food delivery)
Lunch box ini adalah idea perniagaan yang paling menarik untuk dilakukan terutamanya jika anda tinggal di kawasan bandar besar. Ada yang bekerja dan tidak sempat untuk memasak atau ada juga yang memang suka membeli makanan yang dah siap.
Anda boleh ambil kesempatan ini untuk menawarkan perkhidmatan lunch box secara delivery. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat servis langganan bulanan atau mingguan untuk bisnes lunch box anda.
16. Kuih muih
Kuih muih memang sentiasa ada demand dan mendapat sambutan. Samada untuk minum petang atau pagi mahupun untuk jamuan makan ketika ada sambutan atau majlis. Lebih-lebih lagi kuih muih tradisional yang sukar di cari.
17. Burger
Dari dulu hingga kini, burger masih lagi mendapat permintaan yang tinggi. Di kawasan-kawasan perumahan memang banyak peniaga yang masih menjual burger.
Jika anda ingin menjual burger, anda mungkin boleh buat lain dari yang lain seperti buat burger kambing, arnab atau sebagainya.
18. Choco Jar & coklat
Sangat ramai penggemar coklat, jadi anda perlu ambil kesempatan ini untuk menjual makanan yang berasaskan coklat seperti choco jar.
Anda boleh pelbagaikan topping dan coklat untuk salut choco jar yang anda jual. Anda boleh cuba letak topping KitKat, Kinder Bueno, coklat bar atau oreo.
19. Kerepek
Kerepek sering mendapat permintaan yang tinggi dan bukan hanya pada musim perayaan sahaja. Hal ini kerana, kerepek sering dijadikan sebagai kudapan ketika masa senggang juga untuk minum petang.
Nak jual kerepek pun tidak susah. Anda cuma perlu mencari pembekal kerepek dengan harga yang rendah untuk kuantiti yang banyak. Kemudian, anda boleh jual semula dalam paket kecil dan harga lain.
20. Nasi berlauk
Tidak dinafikan lagi, nasi berlauk adalah menu yang sering dicari oleh orang ramai. Jika anda tidak punya tapak untuk meniaga atau baru mula berniaga, anda boleh menjual nasi dengan aneka jenis lauk secara online.
21. Set minum pagi atau petang
Set minum pagi atau petang ini juga merupakan idea bisnes makanan yang baik. Ramai yang tidak sempat untuk menyiapkan kudapan untuk minum petang tapi masih mahukannya.
Jadi, anda boleh sediakan set lengkap minum pagi atau petang yang berlainan setiap hari.
3 Cara Untuk Dapatkan RM9,000 Sebulan
Nak jana pendapatan online sehingga empat angka sebulan nampak macam mustahil tapi sebenarnya boleh dilakukan. Satu hari anda hanya perlu dapatkan jualan minima RM300 sahaja.
Apa yang diperlukan adalah usaha, kreativiti, dan strategi yang baik. Di bawah ini kami kongsikan cara mudah untuk anda buat jualan sehingga RM9,000 sebulan.
1. Pilih platform online
Tidak dinafikan sekarang wujud pelbagai platform yang boleh digunakan untuk mempromosikan bisnes makanan. Platform online ini akan memudahkan anda mendapatkan pelanggan kerana zaman kini kebanyakan orang memang memilih untuk membeli makanan secara online.
Anda boleh pilih untuk menjual di platform seperti Shopee, Grab Food, Foodpanda sekiranya makanan yang anda jual boleh di makan terus atau lebih sedap untuk di makan panas-panas.
Jika anda jual makanan sejuk beku, kek atau apa-apa makanan yang boleh disimpan untuk jangka masa lama, anda boleh menggunakan platform seperti TikTok Shop, Facebook, Instagram mahupun Twitter.
2. Pilih cara penghantaran
Jika anda menggunakan platform yang memang telah menyediakan perkhidmatan penghantaran seperti Grab Food dan Foodpanda, anda tidak perlu untuk fikirkan mengenai cara penghantaran.
Tetapi, jika anda menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Twitter, anda perlu memilih samada anda mahu menghantar sendiri kepada pelanggan atau menggunakan servis penghantaran seperti Lalamove.
3. Ambil tahu trend terkini
Sesuaikan menu anda mengikut citarasa pelanggan dan trend semasa untuk supaya anda kekal relevan untuk jangka masa yang panjang.
Dari semasa ke semasa, anda boleh tambah menu makanan anda atau boleh juga membuat sedikit inovasi mengikut kreativiti anda kepada menu yang sedia ada.
Cara Kira Untung Rugi Jualan Makanan
Sebagai peniaga F&B, pastinya anda mahukan jualan anda mendapat keuntungan dan sudah tentu anda tidak mahu menanggung kerugian yang besar.
Oleh itu, penting untuk setiap peniaga F&B tahu cara dan formula kira untung rugi jualan makanan mereka.
Kini, anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk kira secara manual berapa untung yang anda akan dapatkan hasil daripada jualan anda.
KiraUntung adalah satu website khas yang dibangunkan untuk membantu peniaga mengira jumlah keuntungan jualan mereka dengan mudah.
Hanya dalam 15 minit sahaja anda boleh mendapatkan harga jualan makanan anda per hidangan dengan tepat dan mudah.
Klik gambar di bawah untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai website KiraUntung.
2 comments