Anda Ada Soalan, Kami Ada Jawapan
Anda ada persoalan lain? Hubungi wakil kami melalui Whatsapp
Apa itu KiraUntung?
KiraUntung merupakan aplikasi pemudah cara untuk membuat kiraan kos, setup, adjust dan update harga jual dalam tempoh kurang dari 15 minit
Adakah KiraUntung ada apps?
Buat masa sekarang, KiraUntung hanya ada web apps. android dan ios apps masih dalam development
Siapa patut guna KiraUntung ini?
Usahawan F&B yang buntu tentang cara pengiraan kos makanan yang betul, renyah untuk menyiapkan kiraan yang panjang serta yang menghadapi tekanan daripada harga barang mentah yang tidak stabil dan sentiasa meningkat.
KiraUntung sesuai untuk saya ke?
KiraUntung sesuai untuk peniaga-peniaga dalam sektor F&B dari tahap berniaga dari rumah sehinggalah pemilik kilang pengeluar makanan dan minuman.
Kenapa saya kena guna KiraUntung?
Menggunakan KiraUntung, anda boleh kira harga jualan makanan sepantas 15 minit.
Belajar melalui tutorial dan terus buat kiraan harga jualan pada hari yang sama.
Ada F&B yang dah pakai KiraUntung?
Dalam tempoh kurang dari 30 hari pelancaran, sudah lebih daripada 50 usahawan F&B menggunakan aplikasi KiraUntung
Apa fungsi yang ada pada KiraUntung?
Fungsi utama KiraUntung ialah menentukan harga jualan makanan berdasarkan kos kos yang diperlukan dalam menyediakan makanan tersebut.
Selain itu, KiraUntung juga memaparkan maklumat lain seperti kos penyedian bagi setiap jualan, untung kasar jualan & jumlah jualan untuk pulang modal (ROI).
Berapa kos untuk saya guna KiraUntung?
Sistem aplikasi KiraUntung dijual pada harga RM 99 dengan akses seumur hidup buat masa sekarang.
Namun harga tersebut dan tempoh akses tidak akan selamanya begitu.
Kemungkinan akan berubah mengikut nilai, faedah dan penambahbaikan yang kami akan masukkan secara berkala.
Jika ada kenaikkan harga atau perubahan kepada akses, kami akan maklumkan terlebih dahulu.
Saya boleh guna KiraUntung kalau tiada internet?
Aplikasi KiraUntung memerlukan internet untuk diakses. Namun, jika anda simpan resepi tersebut di dalam komputer anda dalam bentuk html, anda boleh akses KiraUntung walaupun tanpa internet
Apa perubahan pada F&B saya kalau pakai KiraUntung?
Proses membuat keputusan anda semakin cepat dan fleksible dalam membina strategi harga dan pembangunan offer yang mudah kepada pelanggan anda
Ada orang boleh tolong setup KiraUntung untuk F&B saya?
KiraUntung tak perlu disetup, boleh terus diguna pakai setelah anda mendapat akses kepada sistem tersebut.
Namun begitu, customer support kami sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang persoalan dan tunjuk ajar jika anda mempunyai kekurangan.
KiraUntung ada sediakan support group seperti WhatsApp?
Support group kami dinamakan sebagai KiraUntung Community and Support Group di platform Facebook Group.
Anda akan terus dapat aksesnya setelah berjaya membeli sistem aplikasi ini.
Adakah maklumat & data saya selamat dengan KiraUntung?
Anda tidak perlu memberikan apa-apa maklumat dan data kepada KiraUntung untuk mendapatkan akses. Jadi rahsia anda selamat bersama anda.
Adakah KiraUntung ada data resepi makanan & minuman saya?
Sistem yang kami bina tidak mengizinkan kami untuk menyimpan maklumat data dan resepi. Kesemua data disimpan didalam cache browser peranti anda.
Bagaimana saya nak promote KiraUntung kepada kawan F&B saya?
Boleh maklumkan kepada kami untuk mendapatkan affiliate link supaya anda juga dapat menjana side income sambil promote kepada kawan F&B anda.
KiraUntung pakai formula apa untuk kira untung rugi bisnes makanan?
Formula yang kita pakai merupakan standard formula jenama-jenama dan pengeluar-pengeluar besar.
Harga Jual = Kos Ramuan + Kos Packaging + Kos Overhead + Kos Terbazir + Profit Margin.
KiraUntung boleh pendekkan masa saya kira margin harga jualan F&B?
Dengan sistem yang kami ada, setelah anda masukkan info/data yang diperlukan, margin harga jualan akan keluar secara SERTA MERTA
Berapa lama proses setup 1 resepi untuk dapat peratus/jumlah margin saya?
Proses untuk mendapatkan Harga Jualan yang sepatutnya anda jual untuk mendapat profit margin yang anda mahukan bergantung kepada jumlah ramuan dalam resepi anda dan kebersediaan anda untuk masukkan data-data yang diperlukan oleh sistem (seperti resit pembelian ramuan dsb)