Fahami Kiraan Lengkap Margin Keuntungan Bisnes F&B (TERKINI)

Ada segelintir usahawan yang sudah berniaga lama tapi perniagaannya masih tidak berkembang. Rupanya, mereka mengalami masalah dalam menentukan margin keuntungan yang betul.

Selain daripada tidak tahu mengenai margin keuntungan, ada 3 kesilapan lain yang usahawan sering lakukan tanpa mereka sedar yaqni :-

  • Tidak tahu formula kira margin yang tepat
  • Tidak tahu amaun vs jumlah untuk harga jualan
  • Tidak tahu perbezaan di antara margin dan markup

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mudah kira margin keuntungan dan kepentingan untuk tahu kira-kira margin.

 

Baca : Cara Kira Peratus Keuntungan 100% Bisnes FNB (Formula 2024)

Apa Itu Margin Keuntungan?

 

Margin adalah perbezaan harga produk yang di jual dengan kos untuk menghasilkan produk tersebut. Dalam bahasa mudah, margin adalah keuntungan yang anda dapat hasil daripada perniagaan anda.

 

Jenis Margin Keuntungan

jenis margin keuntungan

Untuk pengetahuan anda, ada tiga jenis margin keuntungan yang lazimnya diguna pakai dalam perniagaan. Sila baca di bawah. 

1. Margin Untung kasar

Margin ini melihat keuntungan perniagaan anda dengan mengambil kira kos-kos yang berkaitan seperti kos semasa pembuatan produk, kos penjualan dan kos perkhidmatan produk.

Penting untuk mengira margin untung kasar ini supaya anda dapat memastikan perniagaan yang anda jalankan mendatangkan keuntungan atau tidak.

Selain itu, untung kasar ini juga penting untuk menentukan samada anda perlu menaikkan harga jualan anda atau tidak.

 

2. Margin Untung Operasi

 

Berbeza dengan margin untung kasar, margin untung operasi mengambil kira kos perbelanjaan tidak langsung dalam perniagaan seperti kos pekerja, sewa, ulitiliti, pemasaran dan lain-lain kos yang berkaitan.

Untung mengira untung operasi, anda perlu menolak  jumlah hasil dengan kos keseluruhan operasi perniagaan anda.

Selepas mengira untung operasi, anda boleh melihat samada operasi perniagaan anda berjalan dengan baik atau tidak. Anda boleh melihat jika terdapat sebarang pembaziran atau kos yang berlebihan semasa operasi.

 

3. Margin Untung Bersih

Kejayaan perniagaan anda dapat dilihat setelah anda membuat kira-kira untung bersih perniagaan anda.

Untung bersih ini dikira dengan menolak semua perbelanjaan operasi, faedah, cukai dan dividen yang ada.

 

Baca Juga: Kalkulator Margin Untung Rugi Bisnes Makanan Malaysia (2024)

 

Kepentingan Kira Margin Untung Rugi

“Prestasi dan kesihatan sebuah bisnes diukur melalui untung dan rugi. Mula dengan tetapkan nisbah margin yang tepat untuk bisnes dari awal lagi.”

a. Mengurus Kewangan Lebih Baik

 

Apabila perniagaan anda mencapai keuntungan yang tinggi, sudah pasti itu menjadi kepuasan untuk anda yang menandakan kejayaan anda mengendalikan perniagaan tersebut.

Apabila tahap kewangan dan perniagaan anda berada di tempat yang terbaik, pastinya anda boleh melakukan pelbagai inovasi dan perubahan yang lebih baik.

Kemungkinan pada masa hadapan anda boleh membuka lebih banyak cawangan atau perniagaan yang baru adalah lebih tinggi.

 

b. Membuat Keputusan Yang Strategik

 

Untung yang semakin tinggi membolehkan anda mencuba dan mengambil lebih banyak peluang untuk mengembangkan perniagaan anda.

Ada beberapa keputusan yang boleh anda ambil apabila memperoleh keuntungan yang tinggi antaranya:

  • Membeli infrastruktur yang lebih bagus
  • Tambah skil pekerja dengan menghantar mereka kursus
  • Langgan software berbayar bagi memudahkan kerja staf

 

c. Menilai Pasaran Produk

Keuntungan yang anda perolehi juga boleh mempengaruhi sejauh mana perniagaan anda boleh melangkah.

Dengan keuntungan yang tinggi, bermakna anda ada lebihan duit untuk melakukan R&D dan eksperimen kepada produk anda.

Anda boleh mencipta pasaran baru ataupun masuk ke dalam pasaran yang masih belum ramai peniaga lain terokai.

 

Cara Kira Margin Keuntungan

jenis margin keuntungan

Sangat mudah untuk dapatkan keuntungan perniagaan anda. Anda hanya perlu tolak harga jualan dengan kos produk. Contohnya :-

Harga Jualan : RM80

Kos Produk : RM30

Untung : RM50

 

 

Kira Untung Rugi dalam 15 Minit

Sebagai pemilik perniagaan, sudah pastinya banyak kira-kira yang anda perlu lakukan untuk memastikan perniagaan anda berjalan baik dan mendapat keuntungan.

Jika anda sudah menetapkan berapa margin keuntungan yang anda mahukan daripada perniagaan anda, anda perlu menetapkan pula harga jualan bagi produk yang di jual.

Jangan bimbang, dengan KiraUntung, anda boleh melakukan kira-kira ini dengan mudah dan tepat.

Dalam masa 15 minit sahaja, anda boleh dapatkan harga jualan bagi produk anda beserta bilangan produk yang perlu anda jual untuk mendapatkan keuntungan yang anda mahukan.

Dapatkan cara kira yang pantas untuk perniagaan anda DI SINI

sistem kira untung

Related posts

4 comments

Leave your comment