Rata-rata, lebih 80% usahawan F&B tidak dapat bertahan dalam perniagaan akibat 2 perkara.
- Salah Letak Harga
- Salah Kira Harga
Sudah puas anda search cara tetapkan harga jualan, namun tiada satu artikel yang betul-betul menyeluruh dalam menjawab persoalan anda. Jika anda risau tentang masa depan perniagaan F&B anda, ikuti cara tetapkan harga jualan yang tepat seperti berikut:
Isi Kandungan Artikel
Langkah Pertama: Jumlahkan kos operasi bisnes sebulan
Untuk pastikan harga jualan yang ditetapkan itu boleh cover kos operasi bisnes kita, kita perlu masukkan jumlah tersebut di dalam harga kita. Namun kita tak boleh main letak sahaja. Ada formula yang saya akan kongsikan di bawah. Dalam formula itu, kita perlu masukkan kos operasi dalam bentuk peratusan. Kenapa kena masukkan dalam peratusan? Jangan pening, ia hanyalah kaedah matematik sahaja.
Macam mana cara untuk dapatkan kos operasi dalam peratusan? Okay soalan ini senang nak jawab.
Mula-mula, senarai dan jumlahkan kesemua perbelanjaan wajib sebulan. Tips di sini ialah, ia adalah perbelanjaan yang diperlukan untuk teruskan bisnes namun tiada dalam senarai kos ramuan produk anda. Contohnya, namun tidak terhad kepada:
- Gaji sendiri
- Gaji staff
- Sewa
- Bil & Utiliti
- Staff Meal
- Petrol/Diesel
- Gas
- Dan lain-lain
Jumlahkan kesemuanya.
Sebagai contoh, katakanlah jumlah kos operasi keseluruhan ialah RM 15,000 sebulan. Cara untuk jadikan ia dalam bentuk peratusan ialah dengan bahagikan ia dengan purata jualan sebulan. Saya anggar purata jualan ialah RM 45,000 sebulan. Guna formula ini:
Kos Operasi Bulanan (%) = (Jumlah Kos Operasi Bisnes Sebulan / Purata Jualan Sebulan) x 100%
= (RM 15,000/RM 45,000) x 100%
= 0.33 x 100%
= 33%
Dengan formula di atas kita akan dapat Kos Operasi Bulanan dalam peratusan ialah 33%
Guna tool percuma untuk memudahkan anda mengira.
Nota: Kadar kos operasi bisnes yang sihat ialah bawah 35%. Jika kiraan anda melebihi 50%, anda perlu cuba naikkan lagi jualan dengan kaedah pemasaran yang betul atau kaji kembali apa yang tak perlu dalam senarai perbelanjaan operasi.
Langkah Kedua: Senaraikan jumlah kos ramuan sesuatu produk
Rujuk kepada resepi produk anda. Jika tidak ada, tulis resepi produk anda termasuk jumlah hidangannya.
Daripada resepi tersebut, anda rujuk harga belian dan jumlah kuantiti/berat belian setiap item dalam resepi tersebut.
Daripada maklumat itu, anda boleh dapatkan kos ramuan setiap item dalam resepi. Contohnya, katakanlah anda mahu kira kos ramuan untuk resepi Dendeng Daging. Jumlah kuantiti/berat daging di dalam resepi ialah 3kg dan anda membeli daging pada pembekal pada harga RM 30.00/kg. Guna formula ini pula:
Kos Bahan Ramuan = (Harga Belian / Jumlah Kuantiti/Berat Belian) x Kuantiti/Berat Bahan Ramuan
= (RM 30 / 1 kg) x 3 kg
= RM 90
Contoh lain, kicap pekat (400ml) dibeli pada harga RM 6. Kuantiti dalam resepi ialah 5 sudu besar.
= (RM 6 / 400 ml) x 39.05ml (anggaran 1 sudu besar 7.81 ml)
= 0.015 x 39.05
= RM 0.60
Ulang kira untuk semua ramuan di dalam resepi tersebut dan jumlahkan kesemuanya. Katakanlah di sini kita dapat kos ramuan keseluruhan untuk Dendeng Daging (50 pax) ialah RM 100. Maka kita akan masukkan kos ini di dalam formula cara tetapkan harga jualan nanti.
Langkah Ketiga: Masukkan kos terbazir
Kos terbazir ini merupakan kos bayangan untuk mewakili kesilapan atau kerosakan secara tidak sengaja dalam menyiapkan produk. Ia termasuklah produk tidak laku, produk tamat tempoh, goreng terhangus, salah goreng, produk tak boleh dijual, bahagian ramuan yang tak boleh dipakai dan macam-macam lagi.
Yang mana jika tidak dimasukkan di dalam harga jual, ia akan menjadi punca keuntungan produk kita berkurangan tanpa sedar.
Contohnya, katakanlah kos untuk kita keluarkan 25 balang biskut cornflakes madu ialah RM 100. Ditakdirkan ada 5 balang tak boleh dijual atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Kos ramuan yang sudah dikeluarkan tetap RM 100. Jumlah jualan untuk balik modal sepatutnya 25 balang, tapi kita hanya dapat jual 20 balang sahaja. Kerugian 5 balang di situ.
Kalau kita masukkan kos terbazir di dalam harga, kemungkinan kerugian 5 balang itu dapat diselamatkan. Jual 20 balang masih lagi dapat keuntungan berbanding tanpa masukkan kos terbazir. Menarik kan?
Kos terbazir akan dimasukkan dalam formula harga jualan dalam bentuk peratusan. Dari segi jumlah peratusannya, ia bergantung kepada keyakinan kita kepada kebarangkalian berlaku kerosakan. Boleh jadi kurang potensi terbazir, kita boleh letak 2% atau kebarangkalian untuk terbazir tinggi, kita boleh letak lebih 20%.
Untuk mudah cara, kita masukkan sahaja rule of thumb untuk kos terbazir sebanyak 10%
Langkah Keempat: Masukkan margin keuntungan yang diperlukan
Saya nak betulkan dahulu program yang tersedia di dalam minda usahawan F&B.
Markup tidak sama dengan margin.
Bezanya, markup ialah gandaan peratusan di atas kos. Contohnya 200% markup, 300% markup atau dengan kata lain, kos darab 2, kos darab 3 dan seumpamanya.
Margin pula ialah peratusan di dalam harga jualan. Jika harga jualan RM 2.00 yakni 100%, maka 20% profit margin bermaksud untung 40 sen.
Dengan kata lain, markup tidak semestinya semua untung manakala margin semestinya untung.
Mana yang bagus? Markup ke Margin?
Saya lebih syorkan penggunaan margin kerana dengan margin kita boleh jadikan dia sebagai unit untuk ukur berapa target jualan untuk balik modal, berapa kena jual, boleh set diskaun promosi, senang nak kawal harga agen, pembekal, peruncit dan macam-macam lagi. Walhal, markup boleh terjadi agak-agak.
Cara untuk tentukan margin keuntungan pula bergantung kepada posisi jenama dan nilai jenama yang mahu disampaikan. Boleh pergi serendah 15% dan boleh pergi setinggi 60% bergantung kepada kehendak usahawan tersebut. Untuk mudah cara, saya gunakan 20% sebagai contoh margin keuntungan di sini.
Langkah Terakhir: Guna formula ini untuk tetapkan harga jualan
Tiba masa yang dinantikan. Saya akan dedahkan formula cara tetapkan harga jualan.
Harga Jualan = Kos Ramuan per hidangan + Kos Operasi (%) + Kos Terbazir (%) + Margin Keuntungan (%)
Masukkan sahaja info atau nombor yang anda sudah dapatkan dari langkah pertama sehingga langkah keempat. Terus anda dapat harga jual yang tepat dan menguntungkan.
Renyahkan nak kira satu-satu? Nak cara tetapkan harga jualan yang lebih mudah?
Selesai sahaja anda membuat cara kira di atas secara manual untuk satu produk. Anda mungkin sangat gembira. Namun, anda mungkin ada lebih dari 10 produk yang anda perlu buat kira-kira sebegitu.
Pada waktu itu, wajah anda yang gembira boleh jadi murung apabila melihat betapa banyaknya masa diambil untuk membuat kira-kira tersebut.
Untuk menjimatkan masa, sila baca lanjut mengenai sistem yang boleh buatkan semua kira-kira di atas secara automatik dan anda tak perlu bersusah payah lagi.
Baca lanjut: https://kirauntung.my
2 comments
FARAH
Adakah kirauntung.my sesuai digunakan untuk pengiraan recipe cost?
Am
ya sesuai. sistem kirauntung dibangunkan untuk tujuan itu.