Peniaga makanan samada di warung, gerai tepi jalan, restoran dan medan selera seringkali mempunyai masalah dengan cara kira untung jual makanan yang betul.
Ramai usahawan yang memilih untuk belajar ilmu marketing tanpa mengetahui bahawa ilmu yang paling penting untuk dikuasai apabila berniaga adalah ilmu matematik dan pengurusan.
“Tahukah anda, cara kira untung jual makanan yang tepat sering dianggap remeh walhal ia mempengaruhi untung rugi bisnes anda.”
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mudah untuk anda sebagai pengusaha makanan, mengira untung jual makanan dan kepentingannya kepada bisnes makanan anda dalam bahasa paling mudah.
Definisi Untung Jualan Makanan
Sebagai pemula, pernahkah anda terfikir, apa logik untuk mengetahui peratus tepat untung jualan makanan? Bukankah lebih mudah dengan mencongak berapa peratus keuntungan yang diinginkan? Atau didarabkan tiga sahaja?
Untung jualan makanan sebenarnya adalah untung kasar yang anda dapat setelah di tolak harga modal jualan makanan atau minuman yang dijual.
Tahap kesihatan kewangan bisnes anda bergantung sepenuhnya kepada untung dalam jualan makanan. Sebab itu, sangat penting untuk anda tahu cara kira untung jualan makanan yang tepat.
Faktor penting yang mempengaruhi untung jualan makanan pula adalah harga jualan yang anda letakkan pada pelanggan.
Harga jualan mestilah tepat dengan hukum asas ekonomi (permintaan vs penawaran) yaqni, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah supaya anda boleh bersaing secara sihat dalam pasaran. Seterusnya, anda wajib tahu kepentingan ilmu untung rugi.
Kenapa Perlu Tahu Ilmu Untung Rugi?
Masih ramai peniaga makanan yang tidak mempunyai asas ilmu kira untung rugi makanan yang tepat. Berikut kami kongsikan kepentingan ilmu kira untung rugi dalam perniagaan makanan:
Tahu Kos Setiap COGS
COGS adalah Cost Of Good Sold iaitu kos yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan perniagaan. Contoh kos COGS adalah kos pembelian, kos bahan, kos pekerja dan lain-lain kos.
Penting untuk anda tahu kos setiap COGS yang tepat untuk anda dapat kiraan yang betul bagi bajet marketing dan margin keuntungan.
Baca : Fahami Kiraan Lengkap Margin Keuntungan Bisnes F&B (TERKINI)
Merancang Modal Jualan Makanan
Apabila anda berniaga, anda wajib tahu kos modal harian yang anda perlu keluarkan setiap hari. Kos modal harian dalam seminggu adalah berbeza antara hari biasa dan hujung minggu.
Kos modal yang berbeza ini adalah disebabkan jumlah pelanggan yang berbeza jika dibandingkan hari biasa dan hari minggu juga hari-hari di musim perayaan.
Margin Yang Diletakkan Berpatutan
Setiap peniaga sudah pasti mahukan keuntungan apabila berniaga. Sebab itu penting untuk anda tahu kos setiap COGS untuk memudahkan anda menetapkan margin keuntungan.
Apabila anda menjual terlalu mahal tanpa sebab yang kukuh, sudah pasti pelanggan anda akan mencari alternatif lain dan memilih pesaing anda.
Tetapi, jika anda menjual dengan harga yang murah, anda tidak akan memperoleh untuk daripada jualan anda.
Jadi, pastikan margin keuntungan yang anda tetapkan adalah berpatutan dan bersesuaian untuk mendapatkan harga jualan yang tepat.
Dapatkan Gambaran Keseluruhan Pasaran
Apabila anda tahu cara yang tepat untuk kira untung jualan makanan anda, anda akan dapat melihat lebih banyak peluang dan pasaran yang boleh anda terokai.
Secara kasarnya, anda sudah tahu bagaimana untuk mendapatkan amaun keuntungan yang berpatutan dan tindakan yang perlu anda ambil untuk menaikkan jualan harian.
Punca Bisnes Makanan Rugi
“Kebanyakan bisnes gagal dalam masa 5 minit pertama. Malangnya, pemilik bisnes hanya akan sedar selepas 3-5 tahun, itupun selepas rugi wang, masa dan tenaga.”
Tiada usahawan dan pengusaha makanan yang mengimpikan untuk gagal dalam perniagaan mereka. Satu fakta yang anda perlu tahu adalah, anda boleh elak bisnes makanan anda dari rugi! Di bawah ini kami kongsikan tiga sebab kebanyakan bisnes makanan mengalami kerugian.
Tidak Tahu Kira Kos
Cara kira kos bahan mentah sangat penting tetapi masih ramai usahawan yang ambil mudah. Kebanyakkan usahawan akan mencampur aduk kesemua kos yang dikeluarkan dan tanpa sedar, kesalahan cara kira kos bahan mentah membawa kerugian kepada perniagaan mereka.
Soalnya, kenapa perlu kira kos bahan mentah dengan betul? Relevan ke cara kira untung jualan makanan hari ini?
Jawapannya, kerana ada bahan mentah yang bertahan lebih dari 7 hari dan ada yang bertahan hanya 24 jam ke 48 jam sahaja seperti sayur-sayuran.
Margin Keuntungan Tak Tepat
Sebagai usahawan, anda perlu menetapkan margin keuntungan yang tepat supaya harga jualan anda tidak dipengaruhi oleh pelanggan.
Ada segelintir peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada makanan yang dijual dan harga berubah-ubah setiap kali pelanggan bising. Keadaan ini tidak sihat untuk bisnes anda.
Kos Bahan Mentah Mahal
Tidak dinafikan, kos bahan mentah pada masa kini semakin tinggi dan mahal. Jadi, sebagai usahawan makanan perkara utama yang anda perlu pastikani adalah anda mendapat harga bahan mentah yang murah.
Keluarkan sedikit masa dan tenaga anda untuk cari supplier bahan mentah yang boleh membekalkan bahan mentah yang anda perlukan dengan harga yang relevan.
7 Cara Kira Untung Jual Makanan
Di bawah ini kami kongsikan step-by-step cara kira untung jualan makanan. Contoh produk yang akan digunakan adalah biskut double chocolate chips yang dijual dalam bekas bersaiz mini sebanyak 100 biji.
1. Senaraikan bahan yang diperlukan
Pertama sekali, senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut mengikut ramuan yang anda guna. Contoh bahan-bahan yang diperlukan:
- Telur
- Garam
- Gula kastor
- Gula perang
- Baking soda
- Esen vanila
- Serbuk koko
- Chocolate chip
- Tepung gandum
- Unsalted mentega
2. Senaraikan harga untuk setiap bahan
Selepas membuat senarai bahan, senaraikan pula harga bagi bahan yang telah dibeli. Harga bahan mestilah tepat mengikut harga yang anda beli.
Harga yang anda senaraikan perlulah mengikut harga per kilogram, paket dan bundle. Contoh, anda beli dua papan telur berharga RM13.05 setiap satu dan unsalted mentega dengan harga RM9.90.
3. Senaraikan berat bahan yang diperlukan
Selepas itu, senaraikan pula berat semua bahan yang disenaraikan pada point yang pertama. Contohnya :-
- Gula kastor : 1kg
- Gula perang : 1kg
- Garam : 400 gram
- Garam : 400 gram
- Tepung gandum : 1kg
- 2 papan telur : 30 biji
- Esen vanila : 45 gram
- Baking soda : 454 gram
- Serbuk koko : 226 gram
- Chocolate chip : 340 gram
- Unsalted mentega : 227 gram
4. Masukkan sukatan ikut resepi
Apabila berniaga, anda perlu mengikut sukatan yang betul mengikut resepi supaya anda dapat mengekalkan kualiti dan rasa makanan anda.
Langkah seterusnya, anda masukkan sukatan ramuan yang diperlukan untuk membuat 100 biji biskut mengikut resepi anda. Contoh:
- Garam : 3g
- Baking soda : 8g
- Esen vanila : 16g
- Gula kastor : 64g
- Gula perang : 96g
- Serbuk koko : 64g
- 2 papan telur : 2kg
- Chocolate chip : 256g
- Tepung gandum : 272kg
- Unsalted mentega : 227g
5. Kira harga sukatan yang digunakan
Kemudian, kira harga setiap sukatan yang telah anda senaraikan di atas. Langkah ini penting supaya anda dapat kira kos sebenar untuk hasilkan 100 biji biskut. Contohnya:
- Garam : RM0.1
- Baking soda : RM0.12
- Esen vanila : RM0.83
- Serbuk koko : RM6.03
- Gula kastor : RM0.27
- Gula perang : RM0.31
- 2 papan telur : RM0.87
- Chocolate chip : RM15.40
- Tepung gandum : RM0.82
- Unsalted mentega : RM9.90
Jumlah keseluruhan kos bahan untuk 100 biji biskut Double Chocolate Chips adalah RM34.55.
6. Tentukan kos overhead
Kos overhead adalah kos wajib iaitu gaji pekerja, sewa, bil elektrik dan bil air. Masukkan kos overhead ini dalam dalam kos operasi untuk menghasilkan makanan anda.
Dapatkan % kos overhead dengan membandingkan kos overhead dengan jumlah jualan bulan lepas. Jika kos overhead adalah 20%, jadi campurkan kos tersebut dengan kos ramuan. Maka, anda akan dapat jumlahnya iaitu RM41.46.
7. Tetapkan margin untung
Yang terakhir, tetapkan berapa peratus keuntungan yang anda inginkan daripada jualan anda. Contoh, anda mahu ambil 15% keuntungan dari jualaln anda.
Jadi, anda ambil jumlah RM41.46 dan tambah dengan 15% margin keuntungan anda. Jumlah yang akan anda dapat adalah RM47.68.
Cara kira untung jual makanan adalah mudah namun menjadi agak sukar apabila melibatkan kuantiti yang banyak. Sebab itu, penting untuk anda memasukkan kesemua kos dengan tepat supaya anda mendapat jumlah untung jual yang tepat.
Baca Juga: Kalkulator Margin Untung Rugi Bisnes Makanan Malaysia (2024)
Kiraan Margin Untung Tepat 100% Sepantas 15 Minit
Sebagai usahawan, memang agak rumit untuk mendapatkan cara kira untung jualan makanan yang tepat 100% terutamanya apabila ada lebih banyak perkara yang perlu difikiran.
Disebabkan itu, KiraUntung ini dibangunkan bagi memudahkan kerja kira-kira anda. Sistem ini dibangunkan sepenuhnya oleh anak muda Pahang untuk pengusaha makanan seperti anda.
Dalam masa 15 minit sahaja, anda boleh dapatkan kiraan untung jual makanan anda dengan tepat dan cepat. Cuba KiraUntung sekarang untuk dapatkan margin untung tepat anda 100%.