Cara Kira Peratus Keuntungan 100% Bisnes FNB (Formula 2024)

Peratus seringkali digunakan dalam perniagaan untuk mengira untung rugi perniagaan. Namun, masih ramai usahawan yang belum tahu cara kira peratus keuntungan yang tepat lebih-lebih lagi untuk perniagaan makanan. 

Tahukah anda, status kewangan perniagaan anda bergantung kepada cara kira peratus yang betul. Peratus dalam perniagaan merangkumi peratus keuntungan, peratus diskaun dan peratus gaji pekerja.

“Ramai usahawan sedar yang prestasi harian bisnes makanan mereka menentukan untung rugi bisnes. Tapi tak ramai yang tahu cara tepat kira peratus keuntungan.”

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi formula cara kira peratus keuntungan yang tepat bagi membolehkan anda mendapat amaun keuntungan yang tepat dan memudahkan anda membuat kira-kira harian dalam perniagaan.

 

Baca : Fahami Kiraan Lengkap Margin Keuntungan Bisnes F&B (TERKINI)

Definisi Peratus Dalam Perniagaan

cara kita peratus keuntungan

Asasnya, peratus adalah nombor atau nisbah daripada pecahan 100%. Cara untuk mendapatkannya adalah dengan membahagikan nombor dan di darabkan dengan 100. Ini adalah formula asas yang anda perlu tahu terlebih dahulu.

Contoh: 

25 / 50 x 100 = 50%

 

Formula Peratus Pengiraan Dalam Bisnes

cara kita peratus keuntungan

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua formula pengiraan peratus dalam bisnes yang anda boleh guna. Sila rujuk formula di bawah.

 

Formula 1 :

Peratus = (Bilangan peratus / 100) x Jumlah

 

Formula 1 ini digunakan apabila anda ingin menambah atau mengurangkan sejumlah wang/amaun daripada atau kepada sesuatu dengan kadar peratus tertentu.

Contoh :-

Jika kita ingin mengira 10% daripada RM200, kita boleh menggunakan formula ini:

Peratus = (10 / 100) x 200 = 20

 

Formula 2 : 

Peratus= (Bilangan Sebahagian / Bilangan Keseluruhan) ×100. Formula ini berguna apabila anda ingin mengetahui peratusan sesuatu jumlah terhadap jumlah keseluruhan.

Contoh :-

Jika anda menjual 25 jenis lauk dan 5 di antaranya adalah lauk berasaskan ayam, anda boleh mengira peratus lauk ayam dengan formula ini :-

Peratus = (5 / 25)×100 = 20

 

Jadi, 20% daripada lauk yang anda jual adalah lauk yang berasaskan ayam.

 

 

Baca : Kalkulator Margin Untung Rugi Bisnes Makanan Malaysia (2024)

 

Cara Kira Peratus Keuntungan Bisnes

cara kita peratus keuntungan

Sebelum anda kira peratus keuntungan, anda perlu terlebih dahulu perlu dapatkan amaun untung kasar dalam perniagaan. Caranya adalah dengan menolak jumlah jualan daripada kos. Contoh :- 

 

Jumlah jualan : RM3500

Kos : RM1000

RM3500 – RM1500 = RM2000

 

Lanjutan dari itu, barulah anda bahagikan keuntungan dengan jumlah jualan. Cara mengira peratus keuntungan adalah dengan menggunakan formula mudah berikut:

 

Peratus Keuntungan = (Keuntungan / Jumlah Jualan) ×100

Contoh:

Peratus Keuntungan=(2000 / 3500)×100= 57.5%

 

Jadi, dalam contoh ini, peratus keuntungan adalah 57.5%. Ini bermaksud bahawa anda telah mendapat pulangan sebanyak 47.5% ke atas modal yang dilaburkan.

 

“Logiknya mudah sahaja, semakin tinggi peratus keuntungan, semakin sihat prestasi perniagaan anda.”

 

Kesimpulannya, cara kira peratus jualan amat penting dan perlu dilakukan setiap bulan supaya anda dapat awasi tahap kewangan bisnes anda.

Bukan anda sahaja perlu tahu, partner bisnes anda, pekerja-pekerja anda juga wajib tahu supaya mereka boleh bantu anda membuat kira-kira ini.

 

Baca Juga: Kalkulator Margin Untung Rugi Bisnes Makanan Malaysia (2024)

 

Kira Untung Rugi Jualan Makanan Sepantas 15 Minit

Selain peratus keuntungan, anda juga perlu tahu cara kira untung rugi jualan anda dengan tepat supaya bisnes anda dapat bertahan lama dan berkembang.

Dengan KiraUntung, anda boleh kira untung rugi bisnes anda dalam tempoh kurang 15 minit. Klik gambar di bawah untuk info lanjut:

kelas mengira harga untung F&B

Related posts

1 comment