70 Idea Bisnes Makanan Anda Boleh Cuba di Rumah (TERKINI)

Perubahan landskap dalam perniagaan menyebabkan ramai yang mencari-cari idea bisnes makanan untuk menjana pendapatan tambahan dari rumah.

Bukan sekadar menonjolkan bakat dalam bidang masakan, malah bisnes makanan ini juga memberikan sumbangan yang besar kepada komuniti setempat.

Jika anda sedang mencari idea bisnes makanan yang terkini, artikel ini akan memperkenalkan kepada anda 70 idea menarik yang boleh anda cuba di rumah.

 

Baca : 7 Langkah Mula Bisnes Makanan Dari Rumah (Modal RM3,000)

 

70 Idea Bisnes Makanan Dari Rumah

idea bisnes makanan

 

1. Kek 

Jika anda suka dan pandai buat kek, maka anda boleh menjual kek dari rumah. Kek antara makanan yang sering dicari dan sangat mudah untuk jana pendapatan sehingga empat angka sebulan hanya dengan membuat kek.

2. Roti 

Pelbagai jenis roti yang boleh anda jual jika anda minat dalam bidang bakeri. Roti bun, roti sarang burung dan roti sosej antara contoh roti yang boleh anda jual.

 

3. Kuih muih tradisional

Walaupun zaman telah berubah dan pelbagai jenis makanan baru telah dicipta, namun kuih-muih tradisional ini masih mempunyai peminat yang tersendiri.

 

4. Dessert

Dessert ada pelbagai jenis. Jika anda suka bereksperimen dengan makanan, anda boleh cuba mencipta kelainan dengan dessert yang anda buat untuk dijual.

 

5. Biskut raya

Biskut raya memang sentiasa di cari bila tiba musim perayaan. Kebiasaannya, ramai yang mencari biskut raya pada pembuat kuih raya dari rumah oleh kerana biskut raya di pasaraya kadang tidak seperti yang biasa di makan.

6. Makanan sejuk beku

Makanan sejuk beku lebih mudah untuk dijual. Anda tidak perlu buat sendiri. Sebaliknya, anda boleh jadi ejen atau dropship untuk makanan sejuk beku yang terkenal.

 

7. Burger

 

Burger memang senang untuk dijual dari rumah. Anda boleh sahaja buka gerai jual burger di hadapan rumah anda.

 

8. Air balang

Jika anda mempunyai sedikit ruang yang lapang di kawasan hadapan rumah anda, anda boleh menjual air balang untuk kanak-kanak di kawasan perumahan anda.

 

9. Kambing perap

Kambing, daging dan ayam perap adalah makanan yang mudah dimasak dan sering dicari oleh orang ramai. Jika anda tidak mahu membuat perapan sendiri, anda boleh sahaja mencari pembekal atau menjadi ejen kepada jenama yang telah terkenal.

 

10. Kerepek

 

Kerepek semestinya adalah makanan yang tidak bermusim dan sering dicari untuk dijadikan kudapan pada bila-bila masa. Sangat mudah untuk menjual kerepek dari rumah kerana permintaan sentiasa ada.

 

11. Sambal

Sambal adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Anda boleh menjual pelbagai jenis sambal seperti sambal hitam, sambal ikan bilis dan sambal petai.

 

12. Sandwich

Sandwich mudah disediakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Sangat sesuai dijual untuk minum pagi, petang mahupun sebagai makanan diet.

 

13. Nasi berlauk

Nasi berlauk juga boleh dijual dari rumah. Anda boleh tetapkan menu yang berlainan pada setiap hari untuk memudahkan pelanggan anda membeli.

 

14. Nasi lemak

 

Nasi lemak adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda dan juga bangsa. Anda boleh jual nasi lemak pada waktu pagi ketika semua orang sedang sibuk untuk ke pejabat mahu pun ke sekolah.

 

15. Mee kari

 

Mee kari boleh dijual sebagai makanan untuk minum petang. Atau, anda juga boleh menjual mee kari untuk sebarang majlis atau jamuan.

 

16. Lunch box

Anda boleh menawarkan servis membekalkan lunch box secara bulanan atau mingguan kepada golongan yang sibuk bekerja.

.

17. Kuih muih frozen

Jika anda suka membuat kuih sebagai minuman petang atau untuk dimakan sebagai kudapan, anda boleh menjual kuih muih frozen. Ramai orang mencari kuih muih frozen kerana ia mudah di masak.

 

18. Pastri

Bagi anda yang minat dalam bidang pastri, anda boleh jadikan minat anda sebagai salah satu punca pendapatan.

 

19. Murtabak

Murtabak juga antara makanan yang sering di cari terutama semasa bulan Ramadhan. Jika anda tidak ada tapak untuk berniaga di bazar, anda boleh menjual dari rumah.

 

20. Nasi ayam

Nasi ayam juga makanan yang sering dicari dan mudah untuk dibuat. Kos untuk masak nasi ayam juga tidak terlalu mahal dan sangat sesuai untuk anda yang baru mula untuk meniaga.

 

21. Bubur

Ada pelbagai jenis bubur yang boleh anda jual antaranya bubur nasi dengan pelbagai jenis lauk seperti ayam, daging atau ikan bilis.

 

22. Kuey teow

Anda boleh meniaga kuey teow hanya dari rumah. Pelbagaikan jenis kuey teow yang ada jual seperti kuey teow basah, kering, udang atau sotong.

 

23. Satay

 

Satay sangat sedap untuk dimakan pada waktu malam. Ia seperti kudapan atau pemanis mulut setelah makan nasi.

24. Aiskrim homemade

 

Idea jual aiskrim homemade ini bukanlah idea yang baru. Dari RM0.20 satu, sekarang dah jadi RM1 keatas. Anda boleh cuba menjual aiskrim homemade kerana penyediaannya yang mudah dan hanya memerlukan ruangan peti sejuk beku yang luas sahaja.

 

25. Agar-agar

Pelbagai jenis agar-agar yang boleh dijadikan idea untuk menjual dari rumah. Dari agar-agar tradisional sehingga ke agar-agar yang terkini.

 

26. Ayam goreng

 

Ayam goreng pun boleh dijual dari rumah. Peminat ayam goreng sangat ramai dan sentiasa akan ada permintaan.

 

27. Nasi goreng

Untuk meniaga nasi goreng, anda tidak perlu buka kedai makan pun. Boleh sahaja ambil order online dan masak dari rumah.

 

28. ABC dan cendol

ABC dan cendol sangat mudah untuk dijual dari rumah. Anda hanya perlu ambil tempahan secara online dan hantar kepada pelanggan apabila siap dibuat.

 

29. Roti jala

 

Kalau anda mengikut tren semasa, ada pelbagai bentuk dan perasa roti jala yang dijual di pasaran pada masa kini. Anda boleh pilih untuk buat roti jala versi orang lama atau versi baru.

 

30. Kek batik

Kek batik juga sering mendapat permintaan yang tinggi tidak kira masa. Sesuai juga untuk dibawa ketika jamuan makan.

 

31. Cheesekut

Nak buat cheesekut ini sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Tetapi anda boleh jual dengan harga yang tinggi mengikut jenis topping yang anda letak atau yang pelanggan inginkan.

32. Bomboloni

Bomboloni adalah sejenis manisan seperti donut. Cuma bezanya adalah bomboloni diisi dengan pelbagai jenis filling di tengahnya.

 

33. Donut

Donut memang makanan pemanis mulut sejak dahulu lagi. Kalau zaman dahulu, hanya ada donut yang ditabur gula diatasnya, tetapi kini, ada pelbagai topping yang diletakkan di atas donut.

 

34. Cromboloni

Cromboloni adalah makanan viral yang sedang popular. Tidak salah untuk anda mencuba untuk mengikut tren semasa dengan menjual cromboloni.

 

35. Tanghulu

Tanghulu adalah buah-buahan yang disalut gula. Proses pembuatannya juga mudah dan tidak memerlukan banyak bahan.

 

36. Buah potong

Jika anda inginkan idea makanan yang paling mudah, maka anda boleh pilih untuk menjual buah potong. Pelbagai jenis buah yang anda boleh jual antaranya mangga, jambu dan tembikai.

 

37. Jus buah homemade

Minuman ini sering mendapat permintaan yang tinggi kerana dikatakan lebih berkhasiat berbanding air balang biasa.

 

38. Roti john

Bukan sahaja dicari ketika bulan Ramadhan, malah roti john ini juga masih ada peminatnya ketika hari-hari biasa.

 

39. Roti canai

 

Tidak ramai yang pandai membuat roti canai pada masa kini. Jika anda ada kemahiran menebar roti canai, tidak salah untuk anda mencuba menjual roti canai dari rumah.

 

40. Kerabu maggi

Kerabu maggi juga mempunyai ramai peminat. Anda boleh campurkan kerabu maggi yang anda jual dengan pelbagai jenis makanan laut seperti udang, sotong mahupun isi ayam.

 

41. Mee sup

Mudah disediakan dan kos yang murah membolehkan sesiapa sahaja menjual mee sup. Tetapi, pastikan mee sup anda sedap supaya pelanggan anda boleh repeat order dengan anda.

 

42. Pau homemade

Terlalu banyak makanan segera ataupun sejuk beku di pasaran. Mungkin anda boleh membuatkan kelainan dengan menjual pau homemade yang dimasak panas-panas dari rumah anda.

 

43. Nasi briyani

Nak jual nasi briyani tidak perlu untuk ada gerai makan. Anda boleh mulakan dari rumah. Ambil sahaja tempahan dengan cara mempromosikan masakan anda secara online.

 

44. Laksa

Laksa sangat sesuai untuk dibuat makanan minum petang. Anda boleh ambil tempahan pada waktu tengah hari dan membuat penghantaran pada waktu petang.

45. Cakoi

Nak buat cakoi tidak susah. Tetapi, anda perlu pastikan sos pencicahnya sedap. Jika sedap, pasti ramai pelanggan yang akan membeli dengan anda.

 

46. Churros

Churros bukan sahaja digemari oleh golongan remaja, malah ada juga orang tua yang menggemarinya disebabkan teksturnya yang lembut.

 

47. Kuih talam

Zaman sekarang, pelbagai jenis kuih talam anda boleh jual. Jika anda memang suka membuat kuih-muih tradisi, anda boleh jual kuih talam dan sentiasa menambah baik mengikut kreativiti dan trend semasa.

 

48. Nasi impit kuah kacang

Makanan ini bukan sahaja di cari pada hari raya, malah pada hari-hari biasa pun masih ramai yang mencari. Anda boleh menjual juadah ini beserta dengan satay.

 

49. Rojak buah

 

Rojak buah antara makanan yang mudah disediakan. Hanya perlukan buah-buahan dan kuah rojak. Pastikan kuah rojak anda sedap dan kena dengan selera orang tempatan.

 

50. Nasi tomato

Tidak ramai yang pandai masak nasi tomato yang sedap. Kalau anda berminat untuk menjual nasi tomato, pastikan nasi tomato anda secukup rasa.

 

51. Sushi

Ada aneka jenis sushi yang boleh anda jual. Walaupun harga jualan mungkin sekitar RM1-RM2 untuk satu sushi, tapi masih dapat memberikan keuntungan yang lumayan kepada anda.

 

52. Dessert box

Dessert box ini sangat sesuai untuk dijual dari rumah. Anda hanya perlu ambil tempahan dan sediakan beberapa pilihan dessert untuk dimasukkan ke dalam dessert box yang dijual.

 

53. Pizza

Penyediaan untuk pizza juga tidak susah.hanya perlukan beberapa bahan asas dan pelbagai topping untuk dipilih oleh pelanggan anda.

 

54. Air kelapa

Nak cari air kelapa yang betul-betul asli sekarang semakin susah. Jika anda ada pembekal atau ada kebun kelapa, maka anda boleh jual air kelapa sendiri.

 

55. Menu diet

 

Ramai yang nak diet tapi tidak sempat untuk menyiapkan makanan diet mereka disebabkan kesibukan. Maka, anda boleh gunakan kesempatan ini untuk menjual menu diet dari rumah bagi golongan tersebut.

 

56. Sambal homemade

Ada pelbagai jenis sambal yang mudah dibuat dan sering dicari seperti sambal ikan bilis, sambal petai dan sambal hitam.

 

57. Pes masakan

Anda boleh memudahkan pelanggan anda untuk memasak dengan menyediakan pes masakan ready-made. Antara yang boleh dijual adalah pes kari, tomyam dan asam pedas.

 

58. Prep meal

Sibuk dan tidak cukup masa menyebabkan ramai yang memilih untuk buat meal prep. Anda boleh memanfaatkannya dengan menyediakan perkhidmatan meal prep untuk seminggu atau sebulan.

 

59. Pisang, keledek dan popia goreng

Makanan ringan yang bergoreng juga adalah kegemaran rakyat Malaysia. Anda boleh menjual pisang, keledek atau popia goreng panas-panas dari rumah.

 

60. Nasi ayam gepuk

Antara makanan yang menjadi kegemaran ramai kini adalah nasi ayam gepuk. Tidak perlu kedai untuk anda menjualnya, anda boleh jual dari rumah sahaja.

 

61. Nasi Kak Wok

Nasi Kak Wok tidak susah untuk dimasak. Hanya perlukan nasi putih, ayam goreng, sambal belacan, timun dan yang paling penting kuah yang sedap.

 

62. Patin masak tempoyak

 

Walaupun makanan ini terkenal di negeri Pahang, namun peminatnya berada di semua negeri. Jika anda berasal dari negeri ini dan menetap di negeri lain, anda boleh menjual masakan ini kepada pelanggan anda.

 

63. Ketupat

Semasa musim perayaan, memang ramai yang akan mencari ketupat asli. Jika anda mempunyai kemahiran menganyam ketupat, maka ini adalah idea bisnes yang terbaik untuk anda.

 

64. Lemang dan rendang

 

Lemang dan rendang merupakan juadah wajib di hari raya. Walaupun agak renyah untuk menyediakan kedua-dua jenis makanan ini, namun anda pasti akan mendapat pulangan yang lumayan.

 

65. Serunding

Serunding juga sering dicari walaupun bukan musim perayaan. Jika anda tidak mahu membuat serunding sendiri, anda boleh mendapatkannya daripada pembekal serunding dan menjualnya semula.

 

66. Dodol

 

Kalau anda rasa dodol adalah makanan bermusim, ia tidak tepat. Masih ramai yang mencari dodol pada hari-hari biasa.

 

67. Jelly ball

Jelly ball adalah makanan yang menjadi trend masa kini. Ia seperti agar-agar tetapi lebih kenyal. Proses pembuatannya juga mudah dan tidak memerlukan banyak bahan.

 

68. Cucur udang

Cucur udang juga tidak memerlukan banyak bahan. Kos yang murah dan mudah disediakan menjadikan ia antara makanan yang boleh dijual dari rumah sahaja.

 

69. Puding roti

Puding roti juga sangat sesuai untuk dijual dari rumah. Anda boleh pelbagaikan perisa dan topping puding roti yang anda jual.

 

70. Asam pedas

Masakan ini sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri. Anda boleh jual pelbagai jenis asam pedas seperti asam pedas ayam, ikan pari atau daging.

Jika anda berminat untuk mencari pendapatan tambahan dengan cara memulakan perniagaan berasaskan makanan, anda boleh mencuba mana-mana idea bisnes makanan yang kami sediakan di atas.

Semua orang boleh mencuba untuk menjual makanan, tetapi pastikan makanan yang anda jual sedap dan sentiasa menjaga kualiti makanan. 

Kedua-dua faktor ini pening dalam bisnes makanan supaya anda mudah mendapat pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

Related posts

1 comment

Leave your comment