7 Langkah Mula Bisnes Makanan Dari Rumah (Modal RM3,000)

sistem harga jualan makanan automatik

Suka atau tidak, kita perlu bersetuju yang majoriti bisnes makanan sebenarnya adalah bisnes yang asalnya bermula sebagai bisnes makanan dari rumah. Faktor ini terjadi kerana budaya rakyat Malaysia yang gemar makan dan turut dikomen Menteri Ekonomi.

“Rakyat Malaysia dikenali pelancong asing dan warganegara luar sebagai masyarakat yang suka makan di kedai mamak dan budaya bungkus (tapau) makanan sangat popular di Malaysia.” 

Untuk usahawan sebenar, mereka akan fikir cara paling efektif dan cepat untuk buat duit dengan budaya ini.

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan langkah mula bisnes makanan dari rumah yang sebenar dengan modal RM3,000!

Langkah Mula Bisnes Makanan Dari Rumah

Memulakan bisnes makanan dari rumah bukan sahaja mudah dilakukan tetapi juga membolehkan anda menjana pendapatan tambahan.

 

1. Pilih Makanan Yang Nak Dijual

Langkah pertama dalam memulakan bisnes makanan dari rumah adalah memilih jenis makanan yang ingin anda jual. 

Kenalpasti jenis masakan yang anda tahu dan dapatkan feedback daripada orang terdekat terlebih dahulu. Pilih samada pandai membuat kuih-muih, masakan berlauk atau kek.

Sesuaikan jenis masakan yang anda pilih dengan permintaan pasaran.

 

2. Buat Kiraan Kos

Sebelum memulakan perniagaan, penting untuk anda membuat kiraan kos yang teliti. Tentukan berapa banyak modal yang diperlukan untuk membeli bahan mentah, peralatan dapur, dan perbelanjaan lain. 

Kos-kos penyediaan ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan margin keuntungan dan harga jualan makanan anda.

sistem harga jualan makanan automatik

3. Tentukan margin keuntungan

Selain kos, adalah penting untuk anda menentukan margin keuntungan yang wajar dan berpatutan untuk jualan anda.

Perkara yang anda perlu pertimbangkan adalah harga pasaran, kos bahan mentah, kos pembungkusan dan lain-lain.

Margin keuntungan ini akan menentukan harga jualan makanan anda. Oleh itu, pastikan anda tahu berapa margin yang anda perlukan untuk mendapat untung dalam jualan.

 

Baca Juga: Fahami Kiraan Lengkap Margin Keuntungan Bisnes F&B (TERKINI)

 

4. Cari pembekal bahan mentah

Bagi meminimalkan kos yang dikeluarkan, anda perlu cari pembekal bahan mentah yang boleh memberikan harga yang berpatutan. 

Buat perbandingan harga antara beberapa pembekal supaya anda menemui pembekal yang menawarkan harga yang berpatutan dan barangan yang berkualiti.

 

5. Sediakan tempat yang selesa

Walaupun anda membuka bisnes makanan dari rumah, anda perlu memastikan tempat memasak anda selesa dan memenuhi standard kesihatan. 

Pastikan dapur anda bersih dan teratur untuk memastikan kebersihan dan kualiti makanan yang dihasilkan. Sediakan ruang yang selesa untuk anda memasak.sistem harga jualan makanan automatik

6. Pilih platform untuk promosi

Untuk meningkatkan jualan, pilih platform online yang sesuai untuk mempromosikan perniagaan anda. Promosikan jualan anda secara online seperti menggunakan media sosial.

Pastikan gambar dan keterangan produk yang anda masukkan menarik perhatian pelanggan. Anda boleh cuba beberapa cara untuk mempromosikan bisnes anda samada secara berbayar mahupun percuma.

 

7. Ambil tempahan

Setelah segala persiapan dilakukan, teruskan dengan mengambil tempahan. Pastikan anda mempunyai sistem pengurusan tempahan yang baik untuk memastikan setiap tempahan diproses dengan lancar dan tepat pada masanya.

Jika anda menjual di platform online seperti Grab Food atau Foodpanda, anda tidak perlu risau soal penghantaran dan cara tempahan kerana platform seperti ini telah mempunyai sistem tersendiri yang akan memudahkan anda.

Baca : Step by Step Jual Makanan Viral Di Twitter & Tiktok (2024)

Cara Mula Bisnes Makanan Dari Rumah

bisnes makanan dari rumah

Berikut kami kongsikan cara untuk anda mulakan bisnes dan apa yang perlu dilakukan dengan bermodalkan RM3,000 sahaja.

 

1. Persediaan Bahan Mentah

Untuk memulakan bisnes makanan dari rumah sudah pasti bahan mentah adalah perkara penting yang perlu anda fikirkan terlebih dahulu.

Kos bahan mentah bergantung kepada jenis makanan yang anda ingin jual. Semakin sedikit bahan yang diperlukan untuk membuat masakan anda, semakin kurang kos yang perlu anda peruntukkan.

Buat permulaan, anda boleh letakkan kos bahan mentah dalam RM500 – RM1,000. Kos ini juga bergantung kepada berapa hidangan yang perlu anda masak.

sistem harga jualan makanan automatik

2. Peralatan Memasak

Peralatan memasak juga sangat penting. Jika anda mahu menjual kek, anda perlukan ketuhar, loyang, acuan kek, pemukul kek dan lain-lain.

Kos yang diperlukan untuk bahan-bahan memasak mungkin sedikit mahal tetapi anda juga boleh gunakan barang yang sudah ada di rumah ataupun beli barang second hand yang dalam keadaan yang baik.

 

3. Promosi Makanan Dari Rumah

Kos marketing juga perlu diasingkan walaupun anda hanya membuka bisnes makanan dari rumah. Tetapkan kos sebanyak RM100 – RM200 sebulan untuk permulaan.

 

4. Kira Kos Lain Dalam Bisnes Makanan Dari Rumah

Selain daripada kos asas seperti bahan mentah dan peralatan dapur, jangan lupa untuk mengambil kira kos lain seperti pembungkusan, bekas penyimpanan, dan perbelanjaan lain yang mungkin akan terjadi semasa anda berniaga.

Baca : 9 Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan (2020 – 2024)

 

Tips Bisnes Dari Rumah

bisnes makanan dari rumah

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memulakan bisnes makanan dari rumah:

sistem harga jualan makanan automatik

Mulakan Dengan Satu Menu

Untuk permulaan, anda perlu fokus kepada satu menu yang menjadi kepakaran anda sahaja. Cara Ini membolehkan anda memberi tumpuan penuh kepada kualiti dan rasa produk yang dihasilkan.

 

Jaga Kualiti Makanan

Kualiti makanan adalah asas kejayaan dalam perniagaan makanan. Pastikan setiap hidangan yang dihasilkan mempunyai rasa yang konsisten dan memuaskan pelanggan. 

Anda perlu sentiasa dapatkan maklum balas daripada pelanggan untuk menambaik baik kekurangan masakan anda.

 

Kumpul Review & Tambah Baik Dari Feedback

bisnes makanan dari rumah

Membuka bisnes makanan membuka ruang yang luas untuk anda sentiasa berinteraksi dengan pelanggan dan menerima feedback dari mereka.

Ini bukan sahaja membantu anda memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam produk anda, tetapi juga membina hubungan yang baik dengan pelanggan anda.

Bisnes makanan dari rumah membuka satu peluang baru untuk menjana pendapatan dengan cara yang mudah dan pada bila-bila masa.

Jangan lupa, kejayaan bisnes makanan dari rumah tidak hanya terletak pada kelazatan hidangan yang dihasilkan, tetapi juga pada kepercayaan yang terbina dengan pelanggan. 

 

Baca : Modal Buka Kedai Makan Dari RM10,000 Sahaja (Edisi 2024)

sistem harga jualan makanan automatik

Cara Kira Untung Jualan Makanan Dari Rumah

Walaupun anda hanya membuka bisnes makanan dari rumah, anda perlu pastikan bisnes anda mendapat keuntungan yang anda mahukan.

Ramai usahawan yang berniaga dari rumah tidak mengira dengan betul untung rugi jualan mereka yang mengakibatkan perniagaan mereka tidak dapat berkembang maju.

Untuk cara yang mudah kira untung rugi jualan anda, anda boleh menggunakan KiraUntung. Dalam masa 15 minit sahaja, anda boleh dapatkan harga jualan yang berpatutan untuk makanan yang anda jual.

 

Related posts

3 comments

Leave your comment